Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

23 May 2012

Isu Semasa - Debat PTPTN.

By: -aYaH aNiS-

Semua tahukan malam tadi siaran langsung di Astro Awani mengenai Debat antara  Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin atas tajuk Pemansuhan PTPTN, Halatuju Pendidikan Tinggi.

Pertama sekali, pandangan ayah mengenai debat-debat sebegini adalah sangat bagus. Dari sinilah kita dapat lihat sendiri perancangan dan pandangan kedua-dua pihak dalam menyuarakan pendapat mengenai tajuk-tajuk yang diberi.

Selepas tamatnya pendebatan ini, ayah dapat membuat kesimpulan bahawa Rafizi Ramli menang dalam debat ptptn ini. Setiap ucapan yang diberi, jawapan yang diberi ada fakta dan kebenarannya. Ayah cuba google setiap jawapan yang diberi oleh Rafizi, memang benar. Sebagai contoh, Rafizi menyatakan bahawa negara Finland sejak dahulu telah memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Benar, Finland bukanlah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang besar sebab mereka hanya memegang ekonomi dari NOKIA sahaja berbanding di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak sumber ekonomi seperti minyak, balak, kelapa sawit, gula, beras dan bermacam-macam sumber ekonomi.

Finland yang mempunyai satu sumber ekonomi negara pun boleh memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, rasanya Malaysia lebih mampu untuk memberi pendidikan percuma. Cuma masalah sekarang, kerajaan Malaysia dibawah BN tidak memberi keutamaan kepada pendidikan ini. Di Malaysia, pendidikan telah diperniagakan, sebab itu tumbuh bagai cendawan IPTS di Malaysia ini. Walaupun IPTS di Malaysia ini kebanyakkan adalah tidak layak kerana prasarana yang tak mencukupi, kualiti juga tiada. Disebabkan PTPTN ini, IPTS tidak berkelayakan ini masih ada dan masih ambil pelajar. Ini kerana begitu mudahnya untuk mendapat PTPTN. 

"Hendak seribu daya, taknak seribu dalih". Memang tepat apa yang Rafizi tujukan. Tidak perlu berdalih  jika tidak mahu lakukan. Jika ketirisan, rasuah dan projek-projek mega kroni dapat dielakkan, Ayah rasa Malaysia lebih dari mampu dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya sendiri.

Kesimpulannya, Rafizi Ramli berdebat memang cara berhemah dan bertepatan pada tajuk debat yang diberi. Berbanding Khairy Jamaluddin, beliau berdebat lebih kepada emosi dan kurang kajian dan fakta. Banyak soalan yang diberi tidak dapat dijawab oleh Khairy berbanding Rafizi yang mana jawapan yang diberi bertepatan dan berfakta.


Ini hanya pandangan peribadi ayah. Tiada kena mengena dengan politik ye.

Bagi anda yang tidak sempat saksikan debat ini, boleh klik link ini. Debat PTPTN - Rafizi & Khairy

1 comment:

Anonymous said...

best nya ulasan angah.mak tak smpt tgk sb ada usrah mlm tu tp baca ulasan angah dh mencukupi,hidup pendidikan percuma!

.