Semalam tokmak anis sms ayah ajak makan ramai2. Yelah dah lama xmakan ramai2 kan sejak masing2 dh kawen ni. Memandangkan nak sambut sekali birthday paklong anis dan tokwan anis.
So hari ni semua berkumpul di rumah keluarga lot 68. Lepas semua dh solat zohor, semua bertolak dgn 3 biji kereta ke Restoran Nasnis Seafood, Bukit Changgang. Tokmak kata makan kt situ sedap. Licin jgk la makan. Ayahpun happy sebab dah lama tak makan ramai2 mcm ni.
Jom layan sedikit gambar yg sempat ayah snap guna galaxy tab.

Sebelum pegi rumah tokwan/tokmak sempat Anis bergambar. heheh~

Tu dia penuh meja. TokMak Anis dah siap tempah makanan awal-awal. So bila semua sampai makanan dah ready untuk dihidang je. Banyak jugak tokmak pesan ayah pun lupa nak tgk satu persatu. Yang ayah ingat ada tomyam, sup ayam, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, sayur kailan dan banyak lagi. tgk tu TokMak boleh makan siap pangku Afif (anak munirah, adik ayah). Hebat! (^_^)

Ibu dan Anis

Licin sudah. Semua kekenyangan. Hanya tak sampai 1 jam terus licin. Hebatkan. Betul-betul makan ni. Hehe~

Bergaya sikit dengan adik marissa (anak paklong anis). Kiranya dalam keluarga ayah, Anis adalah cucu sulung. Nampak dah besar anak ayah ni. Pejam celik je kan. Kalau duduk rumah nampak Anis ni macam baby je lagi.
Oklah. Dikesempatan ini nak ucapkan terima kasih banyak2 kat TokWan kerana belanja kami semua. Selamat Hari Lahir TokWan, semoga panjang umur, sihat tubuh badan dan dilimpahi rezekiNya.
-aYaH aNiS-

2 comments:
alhamdulillah, best kan muaz dpt mkn rmai2, mak hepi sgt sb lama tak kumpul anak2 mak dan cucu2. terima kasih sb buat tokmak dan tokbah hepi!
buat lg crita dlm blog muaz, lama tak utmbh2 crita lg, mak nk baca
Post a Comment