Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

31 March 2011

Kuih Koci

Hari tu ayah tetiba je teringin nak makan kuih koci. Hoho.... sedap wooo, coz before this Ibu ada buat kuih koci ni. Time lunch aritu dengan selambanya ayah berkata; "Sayang, if dapat makan kuih koci petang2 nanti sedap jugak kan". (sila baca dgn nada manja) wahahaha~

Tup tup petang tu ayah balik keje dah terbau harum semerbak dari dapur. Wahhh...betoi2 ibu buat kuih koci la.... Sbb tu ayah sayang sgt kat ibu nih.... ::kiss~kiss~::

So, layan gambo je la ya.

Sedang merebus santan kot....

Ini untuk inti dia, kelapa parut. Yang bestnya ibu kasi taruk
durian ayah ada beli dulu2. Mantap!!

Nice.....ma sarap na!

Siap dikukus, kasi show inti dia

Dapatlah 12 ketul sekali kukus.
Untuk kami bertiga je makan (Ayah, ibu n maid... anis kasi rasa sikit)


Alhamdulillah~
-aYaH aNiS-

08 March 2011

Tart Telur

As salam dan hai semua. Pagi2 lagi ibu dah menaip entry. Sementara cutie pie tengah layan citer barney, leh la ibu menaip kejap. Kata orang curi2 masa. hehe~

Kali ni ibu nak masukkan entry pasal tart telur yang ibu buat semalam untuk menu petang kami. Dah lama dah niat di hati nak buat, kebetulan plak ayah kata dia teringin nak makan tart telur. Jadi, untuk tidak menghampakan permintaan ayah, ibu pon cube la buat. cewah! makanya menjadi la tart telur ku.. hehe~ dapat la 16 ketui sekali adun. bleh la makan ulang2 sambil2 tengok movie..hikss~

Kepada kawan2 yang teringin tu, boleh la mencube ye. Senang je buatnya. Bancuhan tepung untuk shell tart telur sama je dengan shell tart blueberry cheese dan juga fruit tartlets. Cume bezanya filing dia je. So, ape lagi moh le cube.. hehe~

Ok, meh kite menjamu mata ^_^


Mula2 pukul marjerin ngan gula
pastu masukkan telur, esen vanila ngan tepung

Gini la rupe doh nye

Yang ni plak untuk filing.
masakkan atas dapur susu cair, telur, gula, air, tepung kastard ngan esen

Pastikan jadi cmni ye. Likat2 gitu

Ibu tambah colouring sikit supaya filingnye nampak berseri. cewah! ;)

Pastu tapiskan

Yang ni plak crust/shell yang sedia untuk dibakar

Bakar shell setengah masak, then masukkan filing

Bubuh le filing ikut suke nak banyak mana pon
tapi, jangan sampai melimpah plak ye..

Tadaaaaa~
Ini lah hasilnya setelah dibakar

Kan nampak berseri tuuu...hahaha perasan suda!

Cumel tak tart telur saya kawan2?? hahaha~

Sekali adun dapat la 16 ketui
jadi la untuk makan kami bertiga.. =)

Dah macam bunga matahari pon ade..ngeh3~


Jemput makan sume.... weeeee (^_^)


22 February 2011

Fruit Tartlets

22 Februari 2011

Salam dan hai semua. Kali ni ibu masukkan entry tat cheese buah plak. Haritu tat cheese blueberry. Saje nak mencuba sesuatu yang baru. Ni semua pengaruh kat fb la ni. Asik tag-megetag je gambo2 makanan. Mana tak terliur! Tekak ni plak teringin nak merasa, maka jadi lah semua ni. hihihi~ Seronok gak mencuba2 ni. Perot gak yang untung. Ye tak? hikss~

Kali ni ibu ikut resepi dari Chef Hanieliza. Keseluruhannya, rasa tat ni sedap gak, cume ibu tak berapa gemar je sebabnya fully cheese kan, jadi agak muak la sikit. Kepada "Cheese Lover" tu memang "hantu" la kot dengan tat buah ni. erkk~makan seketoi dah kenyang! ibu suka buat je, tapi ayah yang tolong makan. hihihi~ maid kami pon suke. Kalo ade lebih, ayah tapau bawak gi opis untuk kengkawan. Takle membazir. Ade gak la yang tolong makan dari "tong sampah" yang makan. ekeke~

Ok, takmo cite panjang2, meh kite layan gambo kat bawah ni ye. Ibu lagi suke Tat Cheese Blueberry banding Tat Buah. Rasanya lagi yummy! hikss~


Bahan2 untuk membuat tart shell

Jadikan ia doh seperti gambar di atas

Tekapkan doh dalam acuan tat

Sedia untuk dibakar

Tart Shell setelah dibakar

Setelah dimasukkan Filling Cheese dan dihias dengan buah2an

Boleh letak ape2 saje buah kegemaran anda ye!
pstt: Buah DURIAN takleh la ye!

Setelah dihidang ^_^

Sape nak?? angkat tangan *_^

Setiap gigitan, adalah sangat berharga! agaga~

SELAMAT MENJAMU MATA.. wink2 ^_*



14 February 2011

Blueberry Cheese Tart

14 februari 2011

Salam dan hai semua. Diharap anda sihat2 belaka. hehe~ Semalam, ibu ada buat Blueberry Cheese Tart. Dah lama simpan keinginan nak membuatnya, tapi acuan takde la pulak. Jadi, terpaksalah ibu simpan saje angan2 "Mat Jenin" tu. Alhamdulillah, harini ibu dapat melaksanakan hasrat yang sudah sekian lama tertangguh itu, memandangkan acuannya sudah ada. Terima kasih banyak2 pada mak dan abah kerana sudi membelikan acuannya. Suke sangat2. hehehe~ skemanya ayatku.. hikhik~

Terima kasih juga ibu ucapkan kepada Kak Azita Zain kerana sudi berkongsi resepi dan tip2 berguna untuk dijadikan panduan.

Ok, meh kita layan pic kat bawah ni...

Tart Crust/Shell sebelum dibakar

Ni acuan Muffin sebenarnya..
tapi, takpelah testing dulu kata orang..hehe

Tart Crust setelah dibakar

Masukkan filling kesukaan. Ape2 perisa pon boleh
Ibu masukkan filling Blueberry

Kemudian, isikan Cream Cheese ke dlm Crust dan lorekkan

Lorekkan mengikut kreativiti masing2 ye =)

Sedia untuk dibakar

Setelah dibakar, akan kelihatan kekuning2an ye

Inilah hasilnya ^_^

Sila jangan telan air liur ye kawan2
Lelehan Cream Cheese dan Blueberry itu sangat yummy..hehe~

Kalau tak caya, try la buat ye ^_^



01 February 2011

Xtvt ku di masa lapang

01 Februari 2011

Salam dan hai semua. Bersua kite kembali dalam rancangan masak-memasak! hekhek~ malas betul nak menaip since 2,3 harini. Entry banyak, tapi nak menaip punya lah bercinta. Tapi disebabkan harini, cuaca suam2 kuku, pastu kipas angin lak dok meniup2 manja di pipiku, lantas ibu terus merajinkan diri untuk menaip entry. Ade kena mengena ke?huahua~ xkesah laaa...

Ok, kali ni ibu saje nak cite xtvt ibu di kala keboringan. Memang iye, 3 tahun cuti tanpa kerja, memang dah taktau nak buat ape selain memasak, mengemas, jaga anak. Boring la kalo dok umah asik tido, tengok tv dan internet je. Ibu lak tak reti nak dok diam, ade je benda yang ibu nak buat. Jadi, ibu kena la cari sumting yang bole menghilangkan boring tu.. Sekarang ni hobi dan minat baru ibu ialah "baking cake, baking muffin, cookies dan segala2 nya yang boleh di baking". hahaha~ kalo dulu, masa zaman2 bujeng dulu.. sungguh malas nk memasak apetah lagi nak buat kuih, kek bagai. Maklum la balik2 keje dah penat, pastu lak duduk umah sewa, masak pon sape je yang nak makan kan? so, the conclusion is......... beli saje! balik keje, isi perut siap2, then balik umah, mandi, basuh baju, terus lepak atas katil sambil goyang kaki nonton tv. ngeee~ sonok kan??hehe~

"Tapi, bila dah kawen, dah ade suami, dah ade anak, takleh buat camtu lagi ye ibu anis! no...no...no.. segala tanggungjawab yang dipikul, tak boleh diabaikan sewenang2nya"(pesanan dari bonda tercinta) huhuhu~ baik! ibu ingat tu... time kasih mak ^_^

Alhamdulillah, hampir 3 tahun kami berada di Manila. Bersyukur sebab kami dapat survive di bumi Manila ni walaupon pahit lebih banyak dari yang manis. Namun, kehidupan mesti diteruskan. Segala pahit manis, kami telan juga. Dah kawen, kena la berdikari sikit kan? itu lah yang dinamakan "kehidupan" ye tak? mana boleh nak senang je... sekali-sekala kena la bersusah2 gak. huhu~ eh, dah melalut plak.. hikss~

Ok, ini lah antara xtvt ibu dikala petang hari. Hampir setiap hari ibu akan mencuba resepi baru. Tak kesah la kek ke, muffin ke, kuih ke atau ape2 saje la hidangan yang sodap dan boleh dingap untuk kami sekeluarga, memandangkan cutie pie kami pon dah leh makan, jadi bertambah2 rajin la ibunya mau mencuba resepi baru..weee~ time2 cuti panjang ni jela nak advance rajin kan! dah keje nanti for sure la tak serajin ini.. huhu~ tak kesah la sume tu.. yang penting, balik mesia nanti dah ade basic! takde la nanti balik mesia terkial2 camne nak pegang sudip, camne nak potong bawang bagai.. dan yang penting, membe2 tak kutuk macam2. Sedih tau kawan2 perli bila tak pandai masak ni.. At least bila dah ade basic, terdiam la mulut depa kan! pasni jangan pandang orang sebelah mata lagi ok! hahaha~ (gelak jahat)

Ok, banyak lak membebel ibu anis ni.. Meh kite layan frozen food yang ibu selalu buat untuk stok minum petang kami. Bila agak2 teringin, just goreng sajo! takyah susah2 nak bikin. Nak2 lagi bila penyakit "M" melanda, pastu lak tekak meronta2 plus perot berkeroncong mintak diisi. Bila dah ade kuih2 frozen ni, kan sonang... goreng sajo. Takyah susah2 nak uli bagai.. ye tak? hehe~layannnnnnnn

Doh untuk donut, pau goreng sambal dan juga beger m'sia

Untung buat doh ni, leh pelbagaikan mcm2 kuih =)

Sedia digoreng

Kalau nak buat frozen, goreng half cook saje ye..
sekadar kuning2 mcm pic atas ni pon ok dah


Yang ni plak untuk di ngap, sebab tu ibu goreng sampai masak

Yang ni untuk di frozen
Jadi la untuk kami makan dihujung minggu

Tips donut: masa nak goreng baru buat lubang ye
baru nampak cantik =)

Yang ni Beger m'sia.. Nak makan baru sumbat sama sambal bilis =)

Donutku yang gebu bam2..hikss

Yang ni plak pau goreng sambal..pebret kami berdua ^_^

Snow ball dan donut pebret encik somi =)

Yang ni ibu buat last week..
semua ni bukan kami yang makan ye..ini Datin oder untuk dinner


Beger m'sia yang dah siap disumbat dgn sambal ikan bilis + timun =)


.