Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

12 June 2012

Tart Nenas Mak Lily

By : -aYaH aNiS-

Ayah teringin sangat nak berniaga ni. Tapi ayah ni suka survey dulu pasal sesuatu bisnes baru ayah buat. Kalau rasa bisnes tu takkan menjadi memang ayah terus stop berfikir. Nak berbisnes ni perlu ada perancangan yang rapi dan mencapai matlamat sebenar dalam berbisnes.

Orang bisnes sebenarnya nak untung. Bukan nak memuaskan nafsu sahaja. Ye lah, untuk memodalkan sesuatu perniagaan bukannya sikit. Makan ribuan ringgit juga. Pernah ayah terfikir untuk membuka gerai makanan. Gerai kecil je tapi problemnya perlukan tenaga. Takkanlah buka gerai semata-mata untuk jual satu benda sahaja. Sekurang-kurangnya perlu ada kuih muih. Masa tidak mengizinkan. Nak bangun awal pagi tu yang agak sukar memandangkan ayah dan ibu berkerja.

So ayah bertukar plan, ayah pernah makan kuih tart nenas mak mertua buat. Fuh, first time makan kuih tart sebenar. Kalau beli kat kedai sekarang ni, dah tak rasa kuih tart. Rapuh sangat pastu rasa inti nenas dia yang mcm haramjadah....Potong stim beli sebalang tart nenas kalau rasa macam harem. Tart nenas mak mertua buat memang sedap, inti dia yang enak dan kulit tart yang lembut dan gebu. Makan 10biji pun tak cukup. Hahahaha~

Untuk menyiapkan 100 biji tart nenas sahaja memang mengambil masa dan melenguhkan jari jemari. Bukan mudah sebenarnya nak buat kuih tart nenas ni. Bancuhan adunan kena betul, lagi2 bila masa nak tekan acuan tu. Mau tergeliat ibu jari. Jadi ayah try cari alternative lain.....

Jengjengjeng~. Ayah try survey2 google kot ada jual mesin tart nenas ni. Wah, memang ada. Seperti gambar di atas ni. Mesin ni keluaran Falcon. Entah company mana ntah, china kot. Tapi bila ayah belek2 benda ni macam berbaloi kalau beli buat bisnes tart nenas. 

 

Tengok tu, adunan yang siap diuli terus dimasuk dalam bekas mesin. Terus dia proses menjadi doh. Seperti dibawah ni....



Mengikut pengalaman orang yang dah guna mesin ni, sehari boleh siap 5,000 biji tart nenas. Macam berbaloi gak benda ni. Harga dia boleh tahan gak, paling murah ayah survey RM800. Nantilah ayah nak discuss dgn ibu dan mertua. Jika mereka setuju, boleh minta resepi tart asli Mak Lily dari mak mertua dan berbisnes. hehe...

Insyaallah. Marilah membeli. Korang boleh add FB Tart Nenas Mak Lily ye.

Gambar : From Google

2 comments:

Anonymous said...

wah,hebat tu nk jual jemtat!tp tringin nak mkn kuih muih maktok anis, brjualan lah letak kat tmpt air tebu tu, mak dh tny dia kt ok je nk guna pg sb dia buka bisness 10 pg

Anonymous said...

wah sodap betul tartnenas mak lily, muaz beli ke mesin ni?

.