
Dah lama ayah tidak ceritakan pasal Alza ayah ni. Dan dah lama ayah tidak membelai Alza ayah ni. Memandangkan ada rezeki lebih sikit, dan masa terluang sikit. jadi ayah pegi mengupgrade Mr Grey ni. Yelah, kereta nak pakai lama, jadi biarlah selesa dipakai sepanjang zaman ye tak. ;)
Memandangkan kerusi Mr Grey ni menggunakan kain cotton, so ayah ambik keputusan untuk tukar cover seat dia. Kalau tengok keadaan kain seat asal, sedih. Dah macam2 peta ada tercorak kat seat tu. Biasalah bila ada anak ni, Anis suka sangat makan dalam kereta. Pastu tumpah sana, tumpah sini. Maka terciptalah peta di kerusi. :'(. So, pemilihan telah dibuat dan perbincangan dengan tokey kedai bersetuju untuk beri diskaun pada sarung kulit kerusi Alza ayah ni. Makanya, aktiviti pemasangan dimulakan.

Perkara pertama yang diorang buat, buka semua seat tarik keluar. Fuh, mencabar gak nak pasang sarung seat ni. Habis dirongkahnya.

Tu dia... Togel habis. Terkeluar semua sisa makanan yang ada. Terus divakuum dan pemasangan cover seat dibuat di luar. Pemasangan ambil masa dalam 1 setengah jam gak sebab diorg nak jahit sekali. Tertido gak lah menunggu diorg pasang. Zzzzz....
Tapi hasilnya, MEMUASKAN.


Tengok, cantik gak. Dah tak nampak segala peta pada seat. Dan kini Mr Grey sudah kelihatan lebih mewah dari dulu. Terbaik!. Design seat ni memang jenis kedut-kedut kat tengah. Jangan plak yang ada kata ayah lupa iron seat ni. Wakaka...
Sambil-sambil menunggu tu, ayah suruh tokey tu pasang sekali Carbon Fiber
Look sticker kat hood depan. Kasi nampak garang sikit Mr Grey ni.
Wohoo.....


![]() | |
| Dari tepi, spring asal tukar dgn spring lowered jenis GAB. |
Memandangkan sekarang ni kejadian kecurian kenderaan berlaku semakin berleluasa, agak risau gak ayah mendengarnya. So ayah mencari sesuatu bagi mengukuhkan keselamatan Mr Grey. Nak harap 'baseball rod' kat stereng tu macam tak efisyen sangat je. So ayah ke kedai Acc yang sama ayah buat cover seat, ayah minta diorang pasang benda ni.

Defender Lock. Dia akan lock pedal brake dan immobilize starter. So, bila ayah lock benda ni, pencuri tak dapat nak start kereta dan brake tak berfungsi.

Nak pasang benda ni pun take time gak, tak perlu drill atau potong wayar, dia akan skru kat dinding firewall. Insyaallah terasa tenang lah sikit bila tinggalkan Mr Grey ni.
Oh lupa, semalam ayah ada beli piping air filter. Kadang-kadang, bila ayah drive Mr Grey ni, rasa macam semput la plak bila tekan minyak. Nak kata spark plug problem, masa servis hari tu ayah dah tukar plug jenis denso irridium. So, ayah syak air filter pendek. Angin panas enjin masuk dalam kotak air filter tu. Untuk cubaan pertama, ayah beli piping air filter ni, RM38 je. Pasang sendiri.



Mau menitik jugak peluh jantan utk pasang benda ni. Tapi memang puas hati bila dapat pasang sendiri benda ni. Bila ayah test drive, fuh memang tepat sangkaan ayah. Kini Mr Grey lebih smooth memecut dan pertukaran gear auto juga superb. Memang berbaloi.
Maka, siaplah pengupgradean (apa punya ayat da) my ride ni. Cukuplah buat masa sekarang. Ayah pun dah rasa cukup selesa drive Alza ni, Alhamdulillah. Cuma ada satu je perlu buat kemudian, ayah kena pasang buffer kat spring belakang Alza ni. Sebab agak lembut dan berayun spring GAB belakang ni. Lagi2 bila jalan tak rata. Mungkin esoklah kot if ada masa.
-END-

























Warna merah ferrari. Kereta lengkap dengan CD player, amp 4channel, dengan 4 speaker. Sportrim 14 inci dengan tayar goodyear (bunga tayar 90%). Siap pasang muffler ekzos 2inci lagi...vroom vrooommmm....kepish. Ada air-compressor kat dalam.
Ini enjin dia 1300cc. Bersih dan dijaga dengan rapi. Baru je overhaul dan servis tukar minyak hitam ni. Ayah bawak memang smooth betul enjin dia pegi. Kira siapa beli tak perlu buat apa dah, just drive je. Harga boleh runding punya. Mertua letak RM7,800. Call je no ni 012-6446296 (En. Ramli). Dah call tu bgtaulah nak tanya pasal kereta.
Mari mandi~ :)







Selepas 3hari diorang pack, hah ambik. Menggunung sudah rumah dengan kotak2.
Nak kata ada beli banyak barang tak jgk. Banyak barang orang tumpang kontena adalah. Dan bila benda2 mudah pecah dipack dengan plastik bubble dan paper, maka bentambahlah kotaknya.