Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

16 May 2011

Mabunting Buhangin

15 Mei 2011 - Ahad yang indah. Memandangkan mak n abah ayah datang melawat kami di filipina ni, sempat ayah bawa mereka semua ke sebuah pantai di kawasan Batangas. Resort ni dipanggil Mambunting Buhangin. Berdekatan San Juan, Philippines.

Ayah sewa sebuah van Toyota Grandia, sbb mertua pun ada. So memang ngamlah. Toyota Grandia ni pun besar jugak blh muat 10 orang. Sewa sehari P3,500 (RM245) siap dengan driver.

Perjalanan ambil masa hanya 2jam saje, tp sbb hari ahad dan musim summer skrg ni, jalan jem teruk. 3jam baru sampai tempat dituju. Ayah mintak maaf ler gambar kt resort tu tak ambik plak. cit betui la....Ni ayah upload sebahagian gambar kt situ. Malas plak nk upload byk2....huhu

Anis yg keletihan dan ngantuk.

Ayah menyewa Nipa Hut (pondok beratap daun nipah).
So senang nak makan-makan sambil mandi/tengok laut.

Ni la dia pantai batangas

Turn ibu pulak.

Byk lagi gambar and cerita akan dimasukkan dilain entry. Laptop dah ada (thankz to mybro, ammar). Pasni blh sambung mengarang.. caiyok~~~

-aYaH aNiS-

17 April 2011

New Gadjet

Now ayah sudah ada kamera DSLR Nikon D90. After this ayah nak buat family outing photoshoot di Greenbelt. Ayah akan masukkan hasilnya di lain entri ya..... ;)

09 April 2011

[Gambar] Anis dan Bowling

Tengahari tadi kami keluar main bowling di Makati Cinema Square atas ajakan kawan. Nanti kami cer di lain entri. Kita layan gambar Anis dulu. (^_^)

Jom main bowling

"Ayah, anis dapat strike td....."

"Yeeaayyyy...Anis dpt strike lagi......"

29 March 2011

Jalan2 Filipina (Puerto Galera)

Part 3

Ketemu lagi dalam ruangan Jalan-jalan Filipina. Kali ni kita ke sebuah tempat peranginan tepi pantai yg dipanggil Puerto Galera. Memandangkan Ofis ayah akan buat family day kat situ, so ayah buat la sikit research then masuk je la dlm blog ya.

Tempat ni adalah sebuah pulau yg berada ditengah2 negara Filipina iaitu dipanggil Mindoro Island. If from our place (Makati) ke Batangas Port amik masa dlm 3jam setengah then kena naik bot terus ke Puerto Galera ni. Harga untuk naik bot ni dalam P500 per head.

If tengok pada bot dia memang nampak gayat. Tapi tak sebenarnya, jgn risau pasal keadaan air atau mabuk laut sebab ombak coz pemandu bot ni tahu kendalikan bot dgn baik. (Dari kecik keje bawa ni je beb)

Apa yang best kat Puerto Galera ni?

Ada banyak yg best kt tempat ni dan macam2 aktiviti blh buat kat sini. 1st skali yg best kt sini ialah pantai dia yang putih dan air laut yang membiru. Fuh~ memang mengasyikkan lah untuk release tensen or mandi manda. Memang cantik sangat.

Korang2 yg dtg sini jgn lepaskan peluang untuk ber scuba diving kat Sabang. (mcm ngeri je). Apa yang nak ngerinya....? oh ya, kena ngeri dgn walet anda je lah coz mahal la sikit kalo nak ber scuba diving ni. Korg akan dibawa dgn bot kecil ke tengah laut (taklah jauh sgt), tmpt tu dipanggil Sabang. Kawasan coral yg indah.

Bagi yang tak pernah scuba diving ni korang jgn risau coz Perkhidmatan kelas diving ada disediakan di resort anda menetap. (Puerto Galera Resort).

Banyak lagi tempat2 menarik kt sini. Nanti dh sampai sana ayah cer lagi ok. Oh sebelum lupa, if pegi sana korg blh menetap kt Hotel ni, WHite Beach Resort. Taklah mahal sgt dan mmg selesa....

Tamaraw Waterfall...

27 March 2011

Jalan2 Weekend

Ari ahad org omputeh kata, Sunday is a lazyday. Tapi kami xleh kata camtu coz kena kluar jgk nak beli brg dapur. Kalo tak, alamatnya tak berasap la dapur... Macam biasa, tempat akan dituju ialah Landmark Supermarket. Dekat je dari rumah kitaorg, lebih kurang 15minit with car, 1day with lompat katak..... erkkk~.....

Sebelum pegi, ibu anis bergambar untuk tatapan Mak dan Abah di Malaysia. :p Cantik tak baju Ibu nih...? Negaraku.....
Anis ni kalo dah penat sgt, apa lagi, tido lah dia dlm stroller merahnya itu...... zzzzzzz...zzz

Ni dia cutie manggo. Sangat manis. (org kata la) dan sangat mahal.... dekat 7hengget ko.....

Hasil barang2 dapur dan keperluan harian kami.... setakat ini.... huhu.... Semua ni je habis Peso3,458. Adessss.... mahal betoi dok Manila ni. Dengar crita kt M'sia pun semua barang dah naik... Naya weh kalo gaji tak naik2 tu......

After penat membeli belah, ibu pun tutup dapur arini, so, Ayah beli je la untuk dinner kami. Nasi Beriani Ayam dan kari ayam kat The Bombay Restaurant, Salcedo Village ni..... Sedap....alhamdulillah

Kari Ayam

Chicken Beryani

-aYaH aNiS-

24 March 2011

A Walk at Salcedo Park, Makati

Last monday Ibu bawa Anis n our maid jalan2 ke Salcedo Park. Kecik je tempat dia, just utk jog n tgk budak2 lari2 oklah. Anis ni jenis suka berkawan, tak kisahlah kawan dia dh besaq ke kecik ke, semua dia kawan.

Adalah play port kecik kt park ni, boleh la Anis main swing, slide dan lari2 kt situ....Layan gambar je la ya..


Tak sabar nk turun slide (gelongsor)

Kt tangga pun nk turun sendiri

Jenuh gak maid kami nak mengejar Anis ni....

"Hai ibu......" (^_^)

Ok, ni ada la video sikit Anis berlari dan menyepak bola....





22 March 2011

Cloth Diapers @ American Bazaar

Pagi td Ibu pg American Bazaar kt The World Trade Center, Pasay City anjuran American Women's Club, Philippines... Produk2 dari USA byk dijual kat sini. Dan harga dia pun murah jgk berbanding kt Malaysia.

Nanti ibu crite pasal bazaar ni. Kat sini ayah just nak share apa yg berjaya ibu 'tangkap' kat American Bazaar ni.... ^_^

Tadaaaa.... inilah yang dinanti2kan oleh ibu tu, Cloth Diapers or singkatan dia CD. Pade sapa2 xtau pasal CD ni, dia macam pampers tapi bukan pakaibuang. So, penjimatan jangka masa panjang bila ada benda ni berbanding guna pampers. Ayah pun baru je berjinak2 dgn CD ni pas ibu survey2 kt tenet. Memang berbaloi lah. Sebelum ni beli dari Malaysia je.

Brand yg ni mmg 100% Made in USA, Happy Heinys. Sangat soft material dia, kalau Anis pakai mesti selesa... CD ni boleh pakai dari New Born sampai Toddler (sampai baby tu blh popo sendirilah) Berbaloi kan. hoho~ Harga sepasang (CD dia and 2 quality insert jenis micro fiber) Peso1,050. (mmg nampak cam mahal tp mmg berbaloi utk jangka masa panjang).

Ok, antara lain yg dapat ibu beli. Baju skirt Anis (P350), Beg bottle Anis (P250) dan Hemp Insert (insert tambahan utk semalaman baby tido) (P250).

Note : P100 = RM7.0449

19 March 2011

Jalan ke Divisoria

Pagi tadi ayah pegi follow member askar ke Divisoria. Saje diorg nak survey2 kamera Dslr, so ayah pun merajinkan diri la nk survey sama.

Boleh dikatakan murah jugak Dslr kat divisoria tu berbanding kt tempat lain n Malaysia. Nice~ Tunggula kalo ada rezeki blh beli memandang ayah pun sgt berminat dgn photoshoot ni. (siap ada diploma lg dlm bidang ni). Rasa rugi tinggalkan minat begitu saje.

After dah survey, kami terus kan jalan2 kt divisoria tu. Sempatlah ayah beli sayur segar, mmg fresh giler sayur2 kt situ. Terbaik dr ladang. (lupa plak ayah nk snap picture)

After that, teringat plak ayah ibu nak sangat dengan benda ni. Dari tahun lepas dok sebut2 cuma ayah tak berkesempatan nk memenuhi permintaan ibu tu. So, alang2 dah ke divisoria ni, dapatlah ayah beli benda ni untuk ibu.

Nak tau benda apa, nilah dia yg ibu anis nak sangat.....


Chafing Dish....


Ayah dapat beli 2set dulu sebab keta pun dah penuh dgn brg2 askar2 tu....

Nilah dia chafing dish. Ibu kan suka memasak, jd nak hidang2 food pasni senanglah. Ada 2layer, 1layer buh air utk panaskan makanan...

13 March 2011

[Gambar]Jalan di Petang Hari

Semalam ibu n ayah bawa Anis jalan2 ke Greenbelt and Landmark. Tempat biasalah kt Manila ni, nk pegi jauh2 susah sikit. Tunggulah family dr Malaysia datang.

So, kita layan je gambar2 kt bawah ya....

Anis happy dpt berjalan...

Ibu beli short cardigan...

Ibu n Anis kt Greenbelt...

Makanan wajib bila pg Greenbelt...Potato Corner. Sgt sedap dan Halal lagi...
Ibu suka perasa BBQ and Sour Cream dan ayah suka perasa cheese. Untuk anis amik plain je.


Sambil2 tu beli sikit sayur2 kt Landmark

Hasil tangkapan untuk hari tu...

Time untuk membayar...

10 March 2011

Jalan2 Filipina (Taal Volcano)

Ok, part 2 jalan2 Filipina. Jom kita ke Taal Volcano pulak. Taal Volcano ni adalah gunung berapi kecil yang terletak di bawah Luzon Filipina. Iaitu kira2 50km dari Manila. Tempat ni boleh jugak dijadikan tempat pelancongan utk bawa family dewasa. Diulang ye, family yang dewasa2 saje. Sebab apa? Jom baca lagi kt bawah.

Permandangan syahdu di puncak

Memang best untuk kaki fotografi snap2 picture kt Taal Volcano ni. Permandangan dia syahdu dan indah je bila berada dipuncak bukit. Dengan angin tasik bertiup sepoi2 bahasa tagalog....heheh~

Jalan/lorong untuk ke puncak

Sebab apa ayah cakap tempat ni sesuai untuk org dewasa je. Tengoklah susur jalan nk ke puncak bg melihat taal volcano ni...jauh, curam dan...dan...panas wehhh... Korang boleh naik ke atas dengan berjalan kaki (pastikan air sejuk botol mencukupi) atau pun menunggang kuda. Ya, kuda... Perkhidmatan kuda disediakan dikaki bukit oleh org2 asli...eh eh...silap, org tempatan kt situ. Satu kuda untuk sorg diorg charge Php300 ke Php700 (makaih, mahal cam harem...). Hoho, ni sekali tuan punya kuda akan tarik kuda tu ke atas, tugas korg just duduk diam2 atas kuda tu. Korg nk free, jalan kaki naik je la ya.

Kuda oh kuda

Tapi aku jamin korang takkan sanggup jalan kaki naik, dah la jauh, panas dan berdebu pulak tu. Baik dok umah tgk tv...wakakaka~ naik je la kuda tu, bayar je.

Tu dia tuan kuda akan duduk belakang korg or tarik tali kuda kt depan. Ikut korg lah, kalo gayat suh la tuan kuda dok belakang korg (kurang2 korg jatuh, dua2 jatuh sama...kehkeh~). Nak naik sorg pun boleh kalo dah biasa berkuda ni..... hehe~


Okeh la, selamat ber Taal Volcano... As Salam...

09 March 2011

Jalan2 Filipina (Enchanted Kingdom)

Ramai yang bertanya apa yang best ada kat Manila ni?. So ayah nak crita sikit apa yang ada kt Filipina ni. Utk part one ni, ayah citer pasal Enchanted Kingdom.

Apa tu Enchanted Kingdom?

Kiranya tempat ni macam Disneyland Philippines lah. Menarik jgk tempat ni untuk bawa family jalan2. Macam2 game dan ride ada kat sini. Dan boleh dikata tempat ni lagi menarik dari Genting Highland theme park..... heheh~

Pintu masuk ke theme park

Jauh ke tempat ni?

Nak kata jauh tu taklah sangat tapi disebabkan jalan raya kat Filipina ni mcm harem, dengan kenderaan yang banyak, memang perkataan Jem (trafik) tu tak lekang la dgn Filipina ni. Dari rumah ayah ke tempat ni ambik masa lebih kurang 1 jam 45 minit (yg sepatutnya hanya 30 minit je if jalan mcm highway PLUS). Bergantung pada keadaan trafik jgk. Enchanted Kingdom ni dalam kawasan Laguna berdekatan San Juan.

Salah satu permainan dipanggil Pirate Ship
Mau muntah ayah naik benda ni...adeh~

Roller Coaster

Kena bayar ke nak masuk?

Sudah semestinya, takde yang free kat Filipina ni. Tiket masuk ialah Php400 (hari keje) dan Php500 (cuti minggu) satu kepala untuk main semua game bagi dewasa. Untuk kanak2 plak ialah Php320 weekend atau Php250 hari keje. Kalau taknak main pun boleh, kena gak bayar tiket Php150. Korang boleh jalan2 je kat bawah tu sambil snap2 gambar....

Permandangan Enchanted Kingdom di waktu malam

Sekian saje, nanti ayah crita lagi tempat2 menarik yg ada kat Filipina ni.... as salam.

18 October 2010

Tutuban Mall dan Divisoria

18 Oktober 2010

-Jalan-jalan-


Apa tu tutuban mall and divisoria??? Ok meh ayah terangkan sikit, Tutuban Mall ni adalah salah satu tmpt membeli belah, (syurga membeli belah utk kaum ibu ni...huhu). Sbnrnya tutuban ni sebuah nama tempat dmana ia diambil dari 'tuba' atau bahasa melayunye tapai. Ala.... air kelapa yang diperap tu, kt sini dulu kawasan femes memproses air tapai (tuba). So dari sini wujudlah nama Tutuban... Mall tu supermarket lah kan... kekeke~

Ni gambar depan mall tutuban ni... cantikkan... memang tgk dari depan cantik, belum tengok kiri kanan dia lagi... fuh... sadisss.....

Ni dalam tutuban mall nih. Macam2 barang ada jual, dari kasut baby, pakaian baby, pakaian bapak baby, pakaian ibu baby, henpon, komputer, pearl, swarovski., itu ini itu... macam2 lah... bak kata pakcik astro tu, macam2 adaaa.... hohoho~ dan yang pasti... semuanya MURAH MURAH beb...~

Tutuban Mall ni 2tingkat je, tp luas yang amat... mau patah kiok kaki ni berjalan... mau tak cukup 1hari shopping kt sini sbb tawar menawar mmg dibenarkan disini... (sampai penjual tu bankrup pun blh kalo pandai tawar)... :p

Ok, pas dah puas shopping kt tutuban mall ni, jom kita berpeluh plak kat sebelah tutuban mall ni, kita ke divisoria plak...

Ni kat luar divisoria antara tutuban mall tadi. Kat sini pakcik seragam putih ni mmg ada dimana2 je utk jaga keselamatan sekitar, siap dgn pistol beb. Sape mencuri terus tembak je... Memandangkan krismas nak dekat, dah byk pokok2 krismas ni tumbuh merata tempat... hehe~ (org sini sambut krismas macam pesta kemerdekaan, padahal awal lg...)

Inilah Divisoria... kat sini barang2 mmg lagi murah dan berbaloi2 kalo korg nak beli dlm kuantiti kilang... borong la tu... tapi kalau korg ada sesak nafas, lelah, cepat penat, mengandung, lemas... jgn lah dtg sini, manusia mmg amat ramai mcm semut itam dapat gula... (walet, beg tangan kena pegang kuat2, tak pasal2 korg kena copek nnti).

Divisoria ni ada jual barang2 besi cam kuali, periuk etc yang pelbagai saiz, saiz kawah pun ada... dan yg pasti murah yg amat bading kt malaysia... ingat nak sambar 2 bijik kuali kawah dgn periuk anak gajah kt sini nnti sblm balik. :)

If korg jalan depan sikit ada plak jual kain2, beg2 abaca, beg tangan berjenama dan mcm2 lagi. Mmg murah ok... rambang mata dan utk kaum ayah, robak walet gak lah sbb murah, kaum ibu mmg suka memborong di sini... hohoho (ayah gelak sambil leleh air mata).

Oklah, tu je buat masa ni ayah nak citer... inilah Tutuban Mall dan Divisoria, pusat beli belah yang MURAH! di filipina... ;) cheers~

.