Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

04 April 2011

Kek Alunan Kasih

Salam dan hai. Actually, kek ni ibu buat masa SHOM Bazaar last week, tapi dah kelewatan untuk publish disini. So, harini ibu nak cite sikit pasal Kek Alunan Kasih yang agak unik namanya. Ibu pon taktau kenapa kek ni diberi nama sedemikian rupa. Tapi bila dah jadi, baru ibu tau kenapa kek ni diberi nama sebegitu. Hanya orang yang penah try buat kek ni je yang tau. ngeh3~

Pada ibu, kek ni memang agak special. Memang tak rugi kalau mencuba. Sangat moist dan sedap sangat. Pada mulanya, niat dihati kononnya nak buat minum petang, kebetulan SHOM Bazaar haritu jatuh pada hari sebelum ibu buat kek ni, jadi ibu bercadang untuk jual kek ni kat Bazaar tu. Bayangkan la, 1 loyang kek tu boleh makan 5,6 orang. Kami ni hanya bertiga je, jadi adalah lebih afdal untuk di jual saje. betul tak?hehe~

Ibu buat kek ni malam sebelum SHOM Bazaar, jadi pagi esoknya ibu pon potong siap2 untuk dibawa ke Bazaar tersebut. Bila dah potong kek tu, Masyaallah! sangat la teruja bila tengok alunan kek tu yang sangat shomel. Waduh2! rasa macam sayang plak nak potong apetah lagi nak dijual. Rasa menyesal lak nk jual kek ni. Apekah? hahaha~ patot la kek ni diberi nama Kek Alunan Kasih. Dah la rupanya menawan, rasanya plak?? perghhhh~ pasni ibu akan try buat lagi. Sedappppp~ Kredit to Kak Mastura Yasak di atas resepi yang best ni. ^_^

ok, meh layan picture kat bawah ni ye.


Pukul butter dan gula smpai kembang. Pastu, masukkan ovalette

Masukkan telur, esen vanilla dan susu cair

Masukkan tepung

Adunan akan jadi likat macam ni ye

Bahagikan adunan mengikut warna kegemaran

Masukkan adunan pertama ke dalam loyang

Ayakkan koko, kemudian buat step yang sama sampai adunan habis

Setelah dibakar
Nampak tak berapa cantik kan?

Setelah dikeluarkan dari loyang

Potongan pertama

Potongan kedua
haa nampak tak corak dia?? ^_*

Amacam?? ok tak?

Tadaaaaaaaa~
Ni lah hasilnya. Nyesal plak nak jual..
Takpe la lain kali buat lagi. hohoho~

Zoom in~Kek Alunan Kasih ku
perasa Strawberry, Pandan dan Vanila ^_^

-iBu aNiS-

31 March 2011

Kuih Koci

Hari tu ayah tetiba je teringin nak makan kuih koci. Hoho.... sedap wooo, coz before this Ibu ada buat kuih koci ni. Time lunch aritu dengan selambanya ayah berkata; "Sayang, if dapat makan kuih koci petang2 nanti sedap jugak kan". (sila baca dgn nada manja) wahahaha~

Tup tup petang tu ayah balik keje dah terbau harum semerbak dari dapur. Wahhh...betoi2 ibu buat kuih koci la.... Sbb tu ayah sayang sgt kat ibu nih.... ::kiss~kiss~::

So, layan gambo je la ya.

Sedang merebus santan kot....

Ini untuk inti dia, kelapa parut. Yang bestnya ibu kasi taruk
durian ayah ada beli dulu2. Mantap!!

Nice.....ma sarap na!

Siap dikukus, kasi show inti dia

Dapatlah 12 ketul sekali kukus.
Untuk kami bertiga je makan (Ayah, ibu n maid... anis kasi rasa sikit)


Alhamdulillah~
-aYaH aNiS-

26 March 2011

Soto Madura

Soto Madura, masakan yang berasal dari Indonesia. Memang sedap. Ibu dapat resepi ni dari Kak Yati jgk, thankz kak. Sangat sedap da boleh dihidang time Hari Raya nanti.... (^_^)

Wah!! Meriah... Nasi Impit ada, ayam carik ada, bawang kering ada
dan yg special skali, kuah madura ni......

Sgt sedap....

Sedia untuk dimakan....

Pssst : Kalo nak resepi boleh tanya Ibu Anis kat komen post ni ya.... ;)

19 March 2011

Nasi Goreng Cina

Nasi goreng cina ibu buat memang sedap.... terkenang2 ayah....hehe~




Bahan-bahan ( 3 org mkn )
  • 3 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bwg putih
  • 3 biji bwg merah
Cara-cara

1. Tumbuk bwg putih dan bwg merah.
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan sos tiram.
3. Masukkan sayur campur. Biar seketika sehingga sayur agak lembut.Tambah sedikit garam. (Nk lg meriah lg kasi taruk udang, ayam, daging, sotong etc)
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Last sekali masukkan nasi.
6. Kalau nak pedas, letakkan beberapa biji cili padi dlm step 2.

16 March 2011

Ice-Cream Jagung Homemade

As salam dan hai semua. Maaf ye, kalau kami asik masukkan entry makanan je. Sebab dah takde cerita, jadi layan jela ye. Entry kali ni, ibu nak cite pasal ice-cream jagung homemade yang ibu buat semalam. Resepi kali ni ibu ambil dari resepidiana. Saje nak mempelbagaikan resepi. Tak salah kalau kite nak mencube resepi yang berbeza. Dan dari situ, kita boleh lah menilai sendiri resepi mana yang lebih baik dan sesuai dengan tekak kite. Betul tak? hehe~

Kali ni, ibu guna creamer coffeemate. Rasanya memang sangat2 sedap. Cumenya manis la sikit. Tak boleh makan selalu, kang kena Obesiti plak. Tak pasal2 tak muat baju2 kebaya ibu yang menimbun dalam lemari tu nanti. hikss~ Kalau korang nak cube buat aiskrim perisa jagung, korang cari la corn cream dalam tin tu ye, bukan jagung yang sebiji2 tu. Kalau nak beli, cari jagung yang bercampur cream yang ala2 berkuah tu, baru sedap! lemak2 gituh! nak plak makan time2 panas. Perghhhh~ sejokkk je tekak! hikss~

Ok, ni dia aiskrim yang kami baru je makan lepas lunch tadi.. Korang nak tak? meh2, ambik resepi kat bawah tu ye, pastu bikin sendiri. hikhik~


Bahan-bahannya
2 1/2 cawan creamer coffeemate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya
1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
3. Masukkan adunan aiskrim ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan.

28 February 2011

[Resepi] Homemade Ice-Cream

As salam dan hai sume. Harini ibu nak share dengan korang resepi homemade aiskrim yang ibu dapat dari geng KR. Bahan2 pon ringkas dan mudah. Lepas ni takyah la susah2 lagi nak beli aiskrim. Bila agak2 tekak tu teringin nak makan sekerim, korang leh bikin sendiri. Cumenya kesabaran yang tinggi amat diperlukan utk menunggu cik sekerim tu betul2 beku. Kalau tak beku, tak sedap la cik kiah oii.. hehe~ Korang nak buat 1 tupperware ke, 1 periuk ke atau 1 kawah pon bleh. Ngadap ler cik sekerim tu sampai hidung meleleh. agagaga~

Haritu ibu try gabungkan tiga perasa iaitu perasa Coklat, Strawberry dan Vanilla. So yummy! tapi time tu terlebih letak susu pekat la plak. dah le manis. Tak sangka lak, dari penuh tupperware tu, tinggal ler suku tupperware. Rupe2 nya ade "orang" yang ngadap sekerim tu memalam buta. Agak2nye siapa ek?? cube teka.. hahaha~

Ok, meh layan pic dan resepi kat bawah ni ek. Pasni ibu nak try wat sekerim jagung pulak la.. Jagung tin dah beli, tinggal nak buat jek lagi. Agaknye bila la ek?hikhik~


Ikut ler kreativiti masing2 nak buat corak camne pon ye
p/s: buh la pape pon sebagai topping baru syiokk.

Tunggu cik sekerim betol2 beku cenggini ek!

Pastu baru leh scoop kan masuk lam cawan

Kalo time2 cuaca panas, layan cik sekerim ni, mau nye bertambah2 ^_*

Bila dah scoopkan masuk lam cawan, kasi la deco2 sikit
Ibu buh syrup coklat by hershey. "Masarap" kata org pilipin..hikhik~



Ini plak resepi nya. Meh le cuba kengkawan. Tak rugi punya! memang berbaloi2.. sodapppp...slurppp~ ^_*

Jangan segan2 nak coba yek.. sila..sila =)


BAHAN-BAHAN:


1 tin susu pekat manis (IBU BUH 3/4 TIN SUSU) kalo xnak manis kurangkan ler. Ikut tekak masing2
1 tin air (IBU BUH SUSU CAIR 1/2+AIR MSK)
1 sudu makan ovellete
1 biji telur
4 or 5 sudu besar serbuk koko.(Ibu buh emulco coklat + emulco strawberry+ pewarna pink, yg putih tu vanilla)

CARA-CARA

masukkan semua bahan kedalm mixer....
mixer smpai pekat, likat, berkrim, n berkilat..
masukn dlm bekas.... simpan dlm tempat beku
lepas beku, sedia untuk di hidang
hias le dgn apa2 yang anda suka..
sekian....


SELAMAT MENCUBA ^_^

27 February 2011

[Resepi] Bawang Goreng Tepung

Memang sedap, resepi seperti dibawah. Selamat mencuba...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 biji bawang besar
  • 75g tepung gandum
  • 1/2 sudu besar tepung jagung/ tepung kanji
  • 1/2 sudu kecil garam dan gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal.
  2. Campur semua bahan-bahan dari tepung sehingga 1 sb minyak masak.
  3. Panaskan minyak
  4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.

22 February 2011

Fruit Tartlets

22 Februari 2011

Salam dan hai semua. Kali ni ibu masukkan entry tat cheese buah plak. Haritu tat cheese blueberry. Saje nak mencuba sesuatu yang baru. Ni semua pengaruh kat fb la ni. Asik tag-megetag je gambo2 makanan. Mana tak terliur! Tekak ni plak teringin nak merasa, maka jadi lah semua ni. hihihi~ Seronok gak mencuba2 ni. Perot gak yang untung. Ye tak? hikss~

Kali ni ibu ikut resepi dari Chef Hanieliza. Keseluruhannya, rasa tat ni sedap gak, cume ibu tak berapa gemar je sebabnya fully cheese kan, jadi agak muak la sikit. Kepada "Cheese Lover" tu memang "hantu" la kot dengan tat buah ni. erkk~makan seketoi dah kenyang! ibu suka buat je, tapi ayah yang tolong makan. hihihi~ maid kami pon suke. Kalo ade lebih, ayah tapau bawak gi opis untuk kengkawan. Takle membazir. Ade gak la yang tolong makan dari "tong sampah" yang makan. ekeke~

Ok, takmo cite panjang2, meh kite layan gambo kat bawah ni ye. Ibu lagi suke Tat Cheese Blueberry banding Tat Buah. Rasanya lagi yummy! hikss~


Bahan2 untuk membuat tart shell

Jadikan ia doh seperti gambar di atas

Tekapkan doh dalam acuan tat

Sedia untuk dibakar

Tart Shell setelah dibakar

Setelah dimasukkan Filling Cheese dan dihias dengan buah2an

Boleh letak ape2 saje buah kegemaran anda ye!
pstt: Buah DURIAN takleh la ye!

Setelah dihidang ^_^

Sape nak?? angkat tangan *_^

Setiap gigitan, adalah sangat berharga! agaga~

SELAMAT MENJAMU MATA.. wink2 ^_*



14 February 2011

Blueberry Cheese Tart

14 februari 2011

Salam dan hai semua. Diharap anda sihat2 belaka. hehe~ Semalam, ibu ada buat Blueberry Cheese Tart. Dah lama simpan keinginan nak membuatnya, tapi acuan takde la pulak. Jadi, terpaksalah ibu simpan saje angan2 "Mat Jenin" tu. Alhamdulillah, harini ibu dapat melaksanakan hasrat yang sudah sekian lama tertangguh itu, memandangkan acuannya sudah ada. Terima kasih banyak2 pada mak dan abah kerana sudi membelikan acuannya. Suke sangat2. hehehe~ skemanya ayatku.. hikhik~

Terima kasih juga ibu ucapkan kepada Kak Azita Zain kerana sudi berkongsi resepi dan tip2 berguna untuk dijadikan panduan.

Ok, meh kita layan pic kat bawah ni...

Tart Crust/Shell sebelum dibakar

Ni acuan Muffin sebenarnya..
tapi, takpelah testing dulu kata orang..hehe

Tart Crust setelah dibakar

Masukkan filling kesukaan. Ape2 perisa pon boleh
Ibu masukkan filling Blueberry

Kemudian, isikan Cream Cheese ke dlm Crust dan lorekkan

Lorekkan mengikut kreativiti masing2 ye =)

Sedia untuk dibakar

Setelah dibakar, akan kelihatan kekuning2an ye

Inilah hasilnya ^_^

Sila jangan telan air liur ye kawan2
Lelehan Cream Cheese dan Blueberry itu sangat yummy..hehe~

Kalau tak caya, try la buat ye ^_^



.