4 Julai 2009, 6.45pm
Hari ni weekend, so takde lak plan nk kemana. Jd, hubby minta le sy wat pulut kuning. Katanye berhajat, nak sedekahkan kat bebudak ngaji makan. Sy pun watlah pulut kuning tu memandangkan hrni maid lak x blk cuti. Kalu xde assistant,rsnye x daya gak nk wat sengsorg coz sy pon dh sarat skg ni..Mudah2an niat kami dimakbulkan TUHAN...amin~thanks 2 k lela n abg nuar coz bacakan doa selamat utk sy n our future baby..Ini lah hasilnya pulut kuning yg sy wat...alhamdulillah,even 1st time wat menjadi dan lembut..habis licin bdk2 n bapak bdk mkn..suke sgt...yuhuuu (^_^)


| Bahan-bahan |
1 kg beras pulut [ dibersihkan] 3 keping asam keping 3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut. 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] garam gula
Cara Memasak 1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya] 2. Toskan beras pulut dalam tapisan. 3. Panaskan kukusan. 4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. 5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk. 6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. 7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula. 8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan. 9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi. 11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk) 12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam.

|