Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....
Showing posts with label masakan ibu anis. Show all posts
Showing posts with label masakan ibu anis. Show all posts

07 April 2011

Macarons

As salam dan hai. Last week ibu ada try buat macarons. Korang penah makan tak? takkan dok KL tak pernah makan kot? ehehe~ rasanya, macarons nih tengah fofular kat Mesia nun.

Tiap hari ibu asik tengok je pakar2 masak kat facebook nun asik publish pasal macarons ni. Jadi, tetiba terdetik di hati nak mencuba dan merasa. Tengok gambar macam sedap, apatah lagi kalau dapat merasa kan?kan? memanag tak tahan bila tengok macarons. Dah ler cute, dengan kale maler bagai ditambah pulak dengan filing coklat! waduh2~ tak tahannnnn~ betul2 menguji kesabaran. Camne nak diet nih? hohoho~

Betul ke macarons ni seketol RM 2 lebih? Wooo gila mahal! Korang agak2 nape rege dia mahal ek? ceciter...ceciter?? Padan la mahal, nak membuatnye leceh ko.. Tengok pada bahan2 mudah je, tak payah guna tepung pon. tapi nak bikin leceh! Sangat menguji kesabar u olls.. betul, ibu tak tipu~ cube korang try buat.. Kalau yang dah pro tu tak yah cite la kan? hahaha~ Mula2 agak stress gak ler nak buat, tapi once dah menjadi, terus hilang stress, walaupon ianya tak secantik dan tak semolek cam kat kedai tu. Jadi lah kan. At least daku tak le tergaru2 kepala bila orang ajukan soklan sebegini --------> "ko penah makan macarons"?? erkkkkk mende ape tuh??

Tapi kan u olls, macarons ni tak leh makan selalu tau! manisssss~ mau kencing manis dibuatnya. Ibu dah kurangkan gula pon still manis lagi. Sekali-sekala makan ok, tapi kalau dah selalu, K.O..

Jom layan pembikinan macarons version ibu anis. hikss~ layan


Memula, pukul putih telur+gula castor sampai berbuih camni

Kemudian, masukkan esen vanilla & pukul sampai kembang & bertanduk camni (meringue)
p/s: kalau x jadi camni alamatnya memang takkan menjadi korangnye macarons
ni pon 2x ibu buat sbb maid tercampur putih telo ngan kuning, mixer sampai esok pon x bertanduk.. mana tak tension! huwarghh~

See~ ni la dia yang dipanggil bertanduk!
p/s: bila diterbalikkan bekas, ianya tak jatuh (ala2 meringue)

Pastu masukkan almond powder yg dah di ayak dgn gula icing ke dalam adunan meringue tadi

Kacau perlahan2 macam buat kek ye

Bila dah siap, masukkan adunan ni dalam piping beg/ nozel.
Kalau korang nak kale male, buh la sikit colouring, then pipekan atas tray oven/ loyang k!

Buat camni ok. Biarkan dalam 30-40 min sebelum bakar.
Agak2 bila sentuh x melekat boleh la bakar

Ambil toothpick, pecahkan gelembung kat permukaan macarons tu
So, bila dah bakar nanti, permukaan macarons korang nampak smooth jek

Setelah dibakar. First time buat camni la rupe.
Ade yang bolat, ade yang bujur. hahaha~

Gini lah hasilnya permukaan macarons korang bila dicucuk gelembung sblm bakar.
nampak smooth jek. Kalo kat kedai, macarons nye nampak tinggi, tp yg ni version kurus ye!hiks

Macarons dua version
1 filling coklat ganache, yg 1 lg filling cream cheese

Filing coklat, ibu juz letak coklat nutella sajo.. sodapppp

Korang sanggup tak tengok "LELEHAN CREAM CHEESE" itu???
itu lah yang daku rasa bila tengok gambar2 macaron kat pesbuk chef2 masak. haha~

Kalo kat kedai shape macarons bulat2 & comel2.
Tapi version ibu anis, belasah aje la. kata 1st time kan??
nota diri: Practise make perfects. sila buat lagi, lagi dan lagi.. sanggup ke nak wat lagi cik nor oii??

Tengok saje la telatah anak dara ku itew...
Tak sabo2 nak menerkam macarons itew. hikss

Yeah! dapat dah~

Bismillahirrohmanirrohim~

Ngaaaaaaap~
nyum...nyum

Makan dengan penuh asyik sambil tengok kartun pebret dia..ehehe

p/s: lenkali ibu buat lagi ye shayang... ^_^

-iBu aNiS-

04 April 2011

Kek Alunan Kasih

Salam dan hai. Actually, kek ni ibu buat masa SHOM Bazaar last week, tapi dah kelewatan untuk publish disini. So, harini ibu nak cite sikit pasal Kek Alunan Kasih yang agak unik namanya. Ibu pon taktau kenapa kek ni diberi nama sedemikian rupa. Tapi bila dah jadi, baru ibu tau kenapa kek ni diberi nama sebegitu. Hanya orang yang penah try buat kek ni je yang tau. ngeh3~

Pada ibu, kek ni memang agak special. Memang tak rugi kalau mencuba. Sangat moist dan sedap sangat. Pada mulanya, niat dihati kononnya nak buat minum petang, kebetulan SHOM Bazaar haritu jatuh pada hari sebelum ibu buat kek ni, jadi ibu bercadang untuk jual kek ni kat Bazaar tu. Bayangkan la, 1 loyang kek tu boleh makan 5,6 orang. Kami ni hanya bertiga je, jadi adalah lebih afdal untuk di jual saje. betul tak?hehe~

Ibu buat kek ni malam sebelum SHOM Bazaar, jadi pagi esoknya ibu pon potong siap2 untuk dibawa ke Bazaar tersebut. Bila dah potong kek tu, Masyaallah! sangat la teruja bila tengok alunan kek tu yang sangat shomel. Waduh2! rasa macam sayang plak nak potong apetah lagi nak dijual. Rasa menyesal lak nk jual kek ni. Apekah? hahaha~ patot la kek ni diberi nama Kek Alunan Kasih. Dah la rupanya menawan, rasanya plak?? perghhhh~ pasni ibu akan try buat lagi. Sedappppp~ Kredit to Kak Mastura Yasak di atas resepi yang best ni. ^_^

ok, meh layan picture kat bawah ni ye.


Pukul butter dan gula smpai kembang. Pastu, masukkan ovalette

Masukkan telur, esen vanilla dan susu cair

Masukkan tepung

Adunan akan jadi likat macam ni ye

Bahagikan adunan mengikut warna kegemaran

Masukkan adunan pertama ke dalam loyang

Ayakkan koko, kemudian buat step yang sama sampai adunan habis

Setelah dibakar
Nampak tak berapa cantik kan?

Setelah dikeluarkan dari loyang

Potongan pertama

Potongan kedua
haa nampak tak corak dia?? ^_*

Amacam?? ok tak?

Tadaaaaaaaa~
Ni lah hasilnya. Nyesal plak nak jual..
Takpe la lain kali buat lagi. hohoho~

Zoom in~Kek Alunan Kasih ku
perasa Strawberry, Pandan dan Vanila ^_^

-iBu aNiS-

31 March 2011

Kuih Koci

Hari tu ayah tetiba je teringin nak makan kuih koci. Hoho.... sedap wooo, coz before this Ibu ada buat kuih koci ni. Time lunch aritu dengan selambanya ayah berkata; "Sayang, if dapat makan kuih koci petang2 nanti sedap jugak kan". (sila baca dgn nada manja) wahahaha~

Tup tup petang tu ayah balik keje dah terbau harum semerbak dari dapur. Wahhh...betoi2 ibu buat kuih koci la.... Sbb tu ayah sayang sgt kat ibu nih.... ::kiss~kiss~::

So, layan gambo je la ya.

Sedang merebus santan kot....

Ini untuk inti dia, kelapa parut. Yang bestnya ibu kasi taruk
durian ayah ada beli dulu2. Mantap!!

Nice.....ma sarap na!

Siap dikukus, kasi show inti dia

Dapatlah 12 ketul sekali kukus.
Untuk kami bertiga je makan (Ayah, ibu n maid... anis kasi rasa sikit)


Alhamdulillah~
-aYaH aNiS-

28 March 2011

Kelas Masak la pulak

As salam dan hai. Khamis lepas (24 mac), Perwakilan Manila ade buat satu kelas masakan anjuran AJK Masakan di Kediaman Duta Besar Malaysia. Kira ni first activiti masak untuk tahun ni la. Jadi, ibu selaku pembantu AJK Makanan, pon turut serta. Kata orang, menimba ilmu biarlah sampai ke Negara China. Kira ilmu ibu ni, x cukup lagi la kan? baru sampai Manila. Jauh lagi tu perjalanan nak menuju ke Negara China..ekeke~

Antara menu yang dicadangkan ialah Masak Lemak Cili Api Nangka, Sambal Belacan, Telur Masin, Bayam tumis air, dan ulam2an. Ringkas, tapi menyelarakan. Nak2 plak bila perot mula berkeroncong, lauk simple pon jadi sodap! ye tak? ngeee~ Antara yang turut serta ialah ahli Perwakilan sendiri dan juga beberapa orang ahli MAP (Chinese Malaysia yg menetap di Philippine). Meriah gak la kat dapur Datin Seri tu dengan riuh-rendah suara mak2 orang ni.. hehe~

Seawal jam 10 pagi, kami dah bertolak ke Residen dengan van embassy. Sampai2 je, terus siapkan bahan2 sementara menunggu kawan2 lain yang naik kenderaan sendiri. Pung pang2 dalam 12.45 t/hari sume nye settle! sempat lagi ibu ngan kawan2 yang lain memetik segala mak nenek daun2 yg ade kat residen tu untuk dibawa pulang. Meriah betul garden Datin Seri dengan sayur2an. Dah macam kebun sayur! lupe lak nak snap picture. Al-maklum la masa tu sibuk dok membelek setiap jenis sayuran yang Datin Seri tanam sampai terlupa nak amek picture. Antara daun/sayuran yang Datin Seri tanam: sayur bayam, kangkung, cili padi, daun kunyit, daun pandan, lengkuas, serai, daun kari, daun limau purut, belimbing buluh, daun pegaga, daun kaduk dan beberapa lagi jenis ulam2an. Memang seronok la kami2 ni kalo gi residen, sebab seronok memetik! Senang nak masak! hehe~ Datin Seri pulak memang jenis rajin berkebun dan menanam. Untung banyak la anak buah dia.. lalala~

Ok, meh kite layan pic kat bawah ni ye..


Haa... korang kenal tak ni ape? kalo x kenal taktau la..hehe
Ni Mexican Chili. Kata Datin Seri, pedas dia leh buat kita mengaum! takut kan dengo..ngee
Datin siap tak kasi sentuh Cili ni sbb katanya sangat pijau. Takde sorg pon yg berani nak pegang.lawak tol!

Yang ni plak untuk dibuat ulam2an

Geram betul tengok bayam kat garden Datin Seri.. gemok2
yang ni baru di petik~ fresh dari ladang ^_^

Sesi merendam nangka untuk hilangkan getah

Sesi memerah santan kelapa oleh Kak Intan sambil diperhatikan oleh Maid Datin Seri
Kali ni, maid Datin Seri hanya memantau kami. Kerja2 memasak ladies yang buat.. hihi

Kak Anne sedang menunjuk bakat mengupas bawang =)

"Gini ye anak2 cara gimana nak motong nangka"
kata Kak Leha pada kami..

Fresh betul udang ni kan?
yang ni plak untuk dicampurkan dgn nangka masak lemak cili api..perghh~

Sesi menyiang udang oleh Kak Suzi
p/s: korang mesti tertanya2 kan mana ibu anis??
hohoho~ibu anis tolong jugak ye, tp disebabkan ajk fotografi sibuk, ibu terpaksa amik alih snapkan picture sambil2 buat kerja..huhu~

Meh siang bayam =)

Cili hidup ni sedap di ratah begitu saje..ngee~

Kak Zara menunjuk skill nak wat sambal belacan
p/s: kata org, nak wat sambal belacan yg POWER, kena goreng dulu bahan2 nye

Anak buah buat kerja sambil diperhati oleh Datin Seri
"haa jgn main2, buat kerja!" ngee~

Si penumbuk sambal belacan "Kak Ina"

Ikan Masin made in Philippine
Tapi x boleh challenge ngan Malaysia punya ikan masin =)

Si penggoreng ikan masin "Kak Zara"

Mari...mari ambil lah saya! 2 tangkai singgit~
lihat lah betapa gemok nya daun kari dan daun limau purut Datin Seri =)

Hiyakk....hiyakk besonye periuk!
tulunnnnnn

Meh saya tulun...ngee

Tadaa~ ha hambek seperiuk beso!
mari...mari... udang beso pon ado~

3 dara menumis bayam masak air
dara ke?? hahaha~upss mak dara

Tukang masak sorang je..
yang lain nak enterprem je..hahaha

Setting meja time!

Tadaa~ ni dia Nangka+Udang Masak Lomak Cili Api
nyum2~

Semua jenis ulam ado..sodap!

Ikan Masin, Telur Masin dan Sambal Belacan

Bayam Tumis Air

Jemput makan sume ^_^

-iBu aNiS-

.