Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

19 March 2011

Nasi Goreng Cina

Nasi goreng cina ibu buat memang sedap.... terkenang2 ayah....hehe~




Bahan-bahan ( 3 org mkn )
  • 3 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bwg putih
  • 3 biji bwg merah
Cara-cara

1. Tumbuk bwg putih dan bwg merah.
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan sos tiram.
3. Masukkan sayur campur. Biar seketika sehingga sayur agak lembut.Tambah sedikit garam. (Nk lg meriah lg kasi taruk udang, ayam, daging, sotong etc)
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Last sekali masukkan nasi.
6. Kalau nak pedas, letakkan beberapa biji cili padi dlm step 2.

02 March 2011

NASI AYAM GORENG

As salam dan hai sume. Ape menu tengahari korang harini? Semalam ibu buat Nasi ayam goreng. kadang2 pening gak dok pikir, "ape la yang nak dimasak ni" waduh2, pusing sekali hoccay! ade masa tu sampai dah kering idea dah sebab taktau nak masak ape. Bila dah takde idea, asik rotate balik jela menu2 yang ibu tau. hehehe~

Mulanya nak masak nasi goreng biasa je plus goreng ayam kunyit. Tapi, bila pikir balik, cam boring jek.. hehehe~ banyak lak songeh kan?? pastu dok survey2 blog masakan, terjumpa la 1 menu yang ibu agak tertarik gak la dengan bahan dan cara2 memasaknya. Bila tinjau kat peti ais, barang sume ade, then ape lagi.. cepat2 ler ibu cnp. hehehe~ Pada ibu masakan ni agak unik, sebabnya nasi ni ditanak dengan ayam goreng. bau dia jangan cakap la..perghhh~meleleh air liuq. Rasa tak sabar2 nak menjamahnye. Memang betul la kata Kak Yati aka mentor ibu. Menu ni simple dan sedap. Nak kata nasi goreng tak gak. Sebabnye nasi ni tak digoreng. Ok la, korang layan je la pic kat bawah ni ek.

Kredit to Kak Yati aka Mentor ku di atas resepi yang sangat mudah dan marvelous ni. Pasni saya nak masak lagi. Sedap sesangat.. Moga hidup kak Yati sekeluraga diberkati dan moga2 murah rezeki. Ameen ^_^


Nasi Ayam Goreng ^_^

Deco by Encik Suami ^_*

Rasa nasi ni lain dari yang lain.
Terasa rempah dia. Best sesangat.. I'm luvin it! =)
kayu manis kat atas tu saje jek hias2. Tak lalu nak makan haih~ hehe

Macam2 ado.. timun, & tomato sebagai penyeri. agagaga~

18 May 2010

Pengalaman mengajar erti kehidupan

18 Mei 2010


by:



Actually, ruangan masakan ni di create adalah sekadar untuk m'hiburkan hati ibu. niat ibu adalah ingin b'kongsi pengalaman selama duduk di perantauan orang. Bukan mudah untuk survive di negara org, especially bila berjauhan dari pangkuan keluarga. Masih ibu ingat lagi, sebulan selepas b'kahwin, kami di hantar ke sini untuk terus berkhidmat. Mungkin rezeki kami sudah tertulis disini. Ibu redha~ tika itu, hanya TUHAN saje yg tahu, betapa beratnya hati ini untuk meninggalkan tanahair dan juga keluarga tercinta. Ibu terpaksa terima hakikat bahawa ibu perlu hidup berdikari dan memulakan hidup baru sebagai suami isteri di tempat orang. Tika itu juga, masih banyak perkara yg ibu masih belum sempat pelajari lebih mendalam, terutama ilmu memasak.

Pada mulanya agak sukar untuk ibu meneruskan kehidupan di sini. Lebih2 lagi, apabila makanan halal sukar dicari dan kalau ada pun, harganya sangat la mahal. dan pada masa itu juga lah, ibu berasa sgt menyesal kerana selama ni ibu x ambil peluang belajar memasak dari "mak". Padahal, mak la "chef" memasak di hati ibu. dan sejak dari itu, ibu mula belajar hidup b'dikari dan mula b'jinak2 di dapur. baru lah tika itu, ibu sedar betapa sukarnya p'jalanan hidup ini tanpa berbekalkan ilmu didada. mmg betul cakap "mak" dulu. "orang perempuan, kalau x pandai masak, nk bg makan ape kat suami? xkan la nk biarkan dapur tu x berasap hari2 dan asik nak beli je kat kedai..sampai bila?" ade juga benarnya kata2 mak. bila t'kenang balik, rs mcm nk nangis pon ade..huwaaa~ tp, alhamdulillah mungkin ade hikmahnya kenapa TUHAN memisahkan ibu dr keluarga buat seketika.. mungkin ini lah dia ujian utk ibu supaya ibu mula belajar hidup susah dan belajar hidup berdikari. DIA lebih tau segala ape yg telah ditentukannya.


Bersyukur ibu sekali lg, berkat usaha gigih dan semangat ingin mencuba tanpa b'putus asa, akhirnya ibu dpt juga m'jalankan tanggungjawab sebagai isteri spt mana org lain. Ibu mula belajar memasak sendiri setiap hari disini dgn berbekalkan resepi dari bonda tercinta, juga resepi yg ibu cari dr internet. Hari demi hari, sedikit demi sedikit, akhirnya ibu berjaya menjalankan t/jawab ibu sbg isteri.. ibu sgt bertuah, kerana memiliki suami yg amat memahami & sentiasa menyokong ibu dari belakang. Ibu juga berasa bangga kerana ibu boleh survive bila dlm keadaan darurat mcmni.. Thanks ALLAH. syukur di atas kurniaan mu. Ayah juga tdk begitu cerewet dgn setiap masakan ibu.. ayah boleh terima ape saje yg ibu masak. x pernah setakat ni ayah complain mcm2.. Ibu sgt legaa...hikss~

Selain drpd itu, disini kami yg para isteri, wajib belajar memasak sbb kat sini sll ade function, meeting, makan2 dan farewell. Jd, kami kena la bwk at least satu juadah makanan even lauk pauk ataupun kuih-muih kerana disini kami masih amalkan tradisi "pot luck". so, samaada pandai @ tak, kena la belajar buat gak.. malu juga la kalu x reti masak ni.. mesti jadi "bahan" la oleh akak2 senior nanti. haa itu jam, mmg berapi la gak telinga nk m'dengar.. yelah, mana taknye, kalau time meeting, masing2 bawak kuih, bila tiba org tnya kte dgn soklan cmni "awk bawak kuih ape hrni?" xkan la kte nk jwb "saya x reti buat kuih la kak".. haa masa tu siap la kena sembur habis2. time tu, mana korang nk sorok muka?? dan time tu gak la rasa mcm nk meraung panggil makkk.. tp, b'lainan pulak bila kte pandai masak.. asik2 nama kte je naik, asik2 kte je kena masak itu dan ini.. yang org x pandai masak ni plak, mmg sgt la pandaiiii... pandai plak menyebut2 nama kte je. bukan ape, utk menyelamatkan diri mereka la supaya x perlu susah2 nk masak @ buat kuih ke.. aishh, itu la masyarakat melayu kte kan?? nk mudah jee... bila x reti masak selalu pulak jd mangsa "umpatan", dan bila pandai masak,selalu jd mangsa "keadaan". mana taknye, asik2 kte je yg kena.. penatkan?? bila dah duduk luar ni, mcm2 pengalaman yg ibu dapat.. pengalaman manis, masam, masin, pahit..lengkap la sume ibu dh penah rasa & lalui.. dan sume tu jugak la yg m'buatkan ibu lebih matang.

Pendek kata, hidup ni bukan mudah tanpa usaha. Pengalaman tu la yg byk mengajar kte erti kehidupan. Disini ibu nk share picture dgn korang sume masakan yg pernah ibu masak since duduk Manila ni. Kpd kwn2 yg rasa2 mcm b'minat nk cuba, korang bole la bg komen kat ruang chat kot2 la nk share resepi. Bukan nk tunjuk terer, tp sekadar nak b'kongsi resepi.. itu aje.. tak salahkan?? sharing is caring.. eh, betul ke? hahaha~

p/s : banyak plak celoteh ibu kali ni.. sori ek kwn2 buat korang penat nk baca.. niat ibu sekadar nk b'kongsi pengalaman.. dat's all..




Nasi impit

rendang daging

Kuah kacang


Ikan tenggiri masak tempoyak..
masakan pebret encik suami =)


ayam masak kapitan (juga cubaan pertama ibu dan kesukaan ayah)



Nasi goreng hotdog (hari malas sedunia ini la masakan ibu) =p


Nasi Ayam (salad lak xdo)

Pebret food kami berdua =)

Ayam perap... kalo dpt gatah, mmg sodap..hikss~


santapan di petang hari (popia goreng + cili sos thai)


close up


karipap buatan cik nor.. ekeke~


agar-agar koktail (kalo mkn sejuk2, mmg sodap..nk2 lg kalo baru kua dr peti ais..)


cucur udang

kasi zooom sikit =)

Chicken Chop wit chip (ayah sgt la mengidam mknan ni..adoiyaii nape la ayah suke noh
ngidam2 sejak dok Manila ni...) huwaa~

Close up (sos buatan sendiri) =)
teringin punya pasal...cube gak buat..nasib baik jadi..hiksss


* ade lagi picture masakan ibu, tp lupe nk snap.. al maklum la, bila dah lapo, mana nak ingat snap picture...terus ngaaap aje... lain kali la ye... hihi~

11 July 2009

Chicken Rice

Nasi Ayam buat sempena our 1st Anniversary



Coconut Rice

Nasi Lemak Manila. =)



Bahan untuk Nasi Lemak
1) Beras (4 cawan)
2) Santan cair (6 cawan)
3) Daun pandan (1 helai)
4) Garam (1 sudu kecil)


Bahan untuk Sambal
1) Ikan bilis (2 cawan)
2) Pes cili (4 sudu besar)
3) Bawang putih - dicincang halus (1 ulas)
4) Bawang merah - dipotong halus (4 ulas)
5) Bawang besar - dipotong kasar (1 labu )
6) Air asam jawa (sedikit)
7) Garam (sedikit)
8) Gula (sedikit)
9) Minyak untuk menggoreng


Bahan-bahan lain
1) Kangkung (1 ikat)
2) Kacang tanah (1/2 cawan)
Directions

Nasi Lemak

Cara-caranya ialah, Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam periuk, diikuti dengan santan, daun pandan dan garam.

Kacau seketika hingga sebati dan masak nasi sama ada menggunakan dapur biasa atau lebih mudah menggunakan periuk elektrik.

Sementara menunggu nasi masak, sediakan pula sambalnya.

Sambal

Kaedah memasaknya, pertama sekali, goreng ikan bilis hingga garing. Setelah itu, asingkan dan toskan minyaknya.

Kemudian, dalam kuali yang sama, Kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga garing. Setelah itu, masukkan pes cili dan kacau sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan gula dan kacau lagi.

Selepas itu, masukkan bawang besar yang dikisar bersama sedikit air.

Biarkan mendidih sehingga pecah minyak, masukkan separuh daripada ikan bilis yang telah digoreng tadi, garam dan air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak dan sedia untuk dihidang.

Namun, nasi lemak tidak lengkap sekiranya tidak dihidang bersama kacang goreng serta sayuran.

Bahan-bahan Lain

Cara mencelur kangkung. Pertama sekali, panaskan air hingga sedikit mendidih dan masukkan kangkung.

Kemudian, masukkan sedikit minyak supaya kangkung kelihatan berkilat setelah dicelur. Kangkung juga boleh digantikan dengan sayuran lain seperti timun dan sebagainya jika suka.

Selepas itu, panaskan minyak dan goreng kacang tanah yang sudah dibersihkan hingga garing. Kemudian, toskan minyaknya. Campurkan dengan lebihan ikan bilis tadi.

Akhir sekali, sebaik sahaja nasi masak, balik-balikkan bahagian bawah ke atas dan biarkan seketika.

Hidanglah nasi bersama sambal, kangkung celur, kacang dan ikan bilis goreng serta telur rebus.


.