Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....
Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

18 May 2010

Pengalaman mengajar erti kehidupan

18 Mei 2010


by:



Actually, ruangan masakan ni di create adalah sekadar untuk m'hiburkan hati ibu. niat ibu adalah ingin b'kongsi pengalaman selama duduk di perantauan orang. Bukan mudah untuk survive di negara org, especially bila berjauhan dari pangkuan keluarga. Masih ibu ingat lagi, sebulan selepas b'kahwin, kami di hantar ke sini untuk terus berkhidmat. Mungkin rezeki kami sudah tertulis disini. Ibu redha~ tika itu, hanya TUHAN saje yg tahu, betapa beratnya hati ini untuk meninggalkan tanahair dan juga keluarga tercinta. Ibu terpaksa terima hakikat bahawa ibu perlu hidup berdikari dan memulakan hidup baru sebagai suami isteri di tempat orang. Tika itu juga, masih banyak perkara yg ibu masih belum sempat pelajari lebih mendalam, terutama ilmu memasak.

Pada mulanya agak sukar untuk ibu meneruskan kehidupan di sini. Lebih2 lagi, apabila makanan halal sukar dicari dan kalau ada pun, harganya sangat la mahal. dan pada masa itu juga lah, ibu berasa sgt menyesal kerana selama ni ibu x ambil peluang belajar memasak dari "mak". Padahal, mak la "chef" memasak di hati ibu. dan sejak dari itu, ibu mula belajar hidup b'dikari dan mula b'jinak2 di dapur. baru lah tika itu, ibu sedar betapa sukarnya p'jalanan hidup ini tanpa berbekalkan ilmu didada. mmg betul cakap "mak" dulu. "orang perempuan, kalau x pandai masak, nk bg makan ape kat suami? xkan la nk biarkan dapur tu x berasap hari2 dan asik nak beli je kat kedai..sampai bila?" ade juga benarnya kata2 mak. bila t'kenang balik, rs mcm nk nangis pon ade..huwaaa~ tp, alhamdulillah mungkin ade hikmahnya kenapa TUHAN memisahkan ibu dr keluarga buat seketika.. mungkin ini lah dia ujian utk ibu supaya ibu mula belajar hidup susah dan belajar hidup berdikari. DIA lebih tau segala ape yg telah ditentukannya.


Bersyukur ibu sekali lg, berkat usaha gigih dan semangat ingin mencuba tanpa b'putus asa, akhirnya ibu dpt juga m'jalankan tanggungjawab sebagai isteri spt mana org lain. Ibu mula belajar memasak sendiri setiap hari disini dgn berbekalkan resepi dari bonda tercinta, juga resepi yg ibu cari dr internet. Hari demi hari, sedikit demi sedikit, akhirnya ibu berjaya menjalankan t/jawab ibu sbg isteri.. ibu sgt bertuah, kerana memiliki suami yg amat memahami & sentiasa menyokong ibu dari belakang. Ibu juga berasa bangga kerana ibu boleh survive bila dlm keadaan darurat mcmni.. Thanks ALLAH. syukur di atas kurniaan mu. Ayah juga tdk begitu cerewet dgn setiap masakan ibu.. ayah boleh terima ape saje yg ibu masak. x pernah setakat ni ayah complain mcm2.. Ibu sgt legaa...hikss~

Selain drpd itu, disini kami yg para isteri, wajib belajar memasak sbb kat sini sll ade function, meeting, makan2 dan farewell. Jd, kami kena la bwk at least satu juadah makanan even lauk pauk ataupun kuih-muih kerana disini kami masih amalkan tradisi "pot luck". so, samaada pandai @ tak, kena la belajar buat gak.. malu juga la kalu x reti masak ni.. mesti jadi "bahan" la oleh akak2 senior nanti. haa itu jam, mmg berapi la gak telinga nk m'dengar.. yelah, mana taknye, kalau time meeting, masing2 bawak kuih, bila tiba org tnya kte dgn soklan cmni "awk bawak kuih ape hrni?" xkan la kte nk jwb "saya x reti buat kuih la kak".. haa masa tu siap la kena sembur habis2. time tu, mana korang nk sorok muka?? dan time tu gak la rasa mcm nk meraung panggil makkk.. tp, b'lainan pulak bila kte pandai masak.. asik2 nama kte je naik, asik2 kte je kena masak itu dan ini.. yang org x pandai masak ni plak, mmg sgt la pandaiiii... pandai plak menyebut2 nama kte je. bukan ape, utk menyelamatkan diri mereka la supaya x perlu susah2 nk masak @ buat kuih ke.. aishh, itu la masyarakat melayu kte kan?? nk mudah jee... bila x reti masak selalu pulak jd mangsa "umpatan", dan bila pandai masak,selalu jd mangsa "keadaan". mana taknye, asik2 kte je yg kena.. penatkan?? bila dah duduk luar ni, mcm2 pengalaman yg ibu dapat.. pengalaman manis, masam, masin, pahit..lengkap la sume ibu dh penah rasa & lalui.. dan sume tu jugak la yg m'buatkan ibu lebih matang.

Pendek kata, hidup ni bukan mudah tanpa usaha. Pengalaman tu la yg byk mengajar kte erti kehidupan. Disini ibu nk share picture dgn korang sume masakan yg pernah ibu masak since duduk Manila ni. Kpd kwn2 yg rasa2 mcm b'minat nk cuba, korang bole la bg komen kat ruang chat kot2 la nk share resepi. Bukan nk tunjuk terer, tp sekadar nak b'kongsi resepi.. itu aje.. tak salahkan?? sharing is caring.. eh, betul ke? hahaha~

p/s : banyak plak celoteh ibu kali ni.. sori ek kwn2 buat korang penat nk baca.. niat ibu sekadar nk b'kongsi pengalaman.. dat's all..




Nasi impit

rendang daging

Kuah kacang


Ikan tenggiri masak tempoyak..
masakan pebret encik suami =)


ayam masak kapitan (juga cubaan pertama ibu dan kesukaan ayah)



Nasi goreng hotdog (hari malas sedunia ini la masakan ibu) =p


Nasi Ayam (salad lak xdo)

Pebret food kami berdua =)

Ayam perap... kalo dpt gatah, mmg sodap..hikss~


santapan di petang hari (popia goreng + cili sos thai)


close up


karipap buatan cik nor.. ekeke~


agar-agar koktail (kalo mkn sejuk2, mmg sodap..nk2 lg kalo baru kua dr peti ais..)


cucur udang

kasi zooom sikit =)

Chicken Chop wit chip (ayah sgt la mengidam mknan ni..adoiyaii nape la ayah suke noh
ngidam2 sejak dok Manila ni...) huwaa~

Close up (sos buatan sendiri) =)
teringin punya pasal...cube gak buat..nasib baik jadi..hiksss


* ade lagi picture masakan ibu, tp lupe nk snap.. al maklum la, bila dah lapo, mana nak ingat snap picture...terus ngaaap aje... lain kali la ye... hihi~

.