Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

04 May 2012

Happy 4th Anniversary.

By : -aYaH aNiS-


Alhamdulillah hari ini genap 4 tahun perkahwinan ayah n ibu. Alhamdulillah juga hidup kami bahagia hingga kini ditemani seorang anak yang kini sudah berumur 2 tahun 8 bulan.

Perkenalan ayah dengan ibu bermula pada tahun 2006. Tak silap ayah bulan Jun 2006. Pertama kali ayah jumpa ibu semasa kami sama-sama berkursus. Hanya satu pandangan sahaja telah membuatkan ayah terpikat pada ibu. Tetapi macam biasalah, masih belum kenal, malu-malu tu masih ada untuk menegur. Bila habis sahaja kursus selama 2 minggu tu, ayah beranikan diri mendekati ibu. Bertanya nama dahulu walau dah tau nama pun. dan minta no hp ibu. Dari situ ayah sentiasa bertanya khabar ibu. Seperti orang bercinta juga, tiap-tiap malam call, dan tiap-tiap malam habis kredit. Hehehe~

Selepas hampir setahun berkenalan, ayah ambil keputusan untuk berjumpa makabah ibu. Dan dari situ bermulalah sebuah penyatuan satu pasangan. Tahun 2007, rombongan ayah datang ke rumah ibu untuk merisik dan mengikat tali pertunangan. Dan pada 4 Mei 2008, maka ayah dan ibu telah selamat diijabkabulkan maka sahlah kami sebagai pasangan suami isteri. 

Pada 26 Jun 2008 pula ayah telah diarahkan untuk bertugas di luar negara. Jadi bermulalah kisah baru pasangan suami isteri meneruskan hidup baru dan berdikari di Luar Negara. 

Makanya, pada 10 Sept 2009, kami dikurniakan cahaya mata di luar negara. Semoga kasih sayang antara ayah dan ibu berkekalan selamanya.  Happy anniversary yang ke-4.

"Abang sayang ayang selamanya. Semoga kasih sayang antara kita berkekalan hendakNya. Amin~"


3 comments:

Anonymous said...

sungguh terharu....time kasih abg...luv u >.<

Anonymous said...

alhamdulillah anak mak dan menantu mak, congrats, semuga ALLAH Memberkati segala doa anak mak,amin...

Anonymous said...

tahniah muaz-nor,dh 4 tahn aniversari,alhamdulillah dgn anis jd famili bahagia.nanti ikut tokmak ok . thn ni dh 34 thn hrp ingatlah bila hr aniversari,selalu dh lepas br tringat, 1 jan 1978!

.