Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

30 April 2012

Bersih 3.0 : Pandangan Peribadi

By : -aYaH aNiS-
Semua sedia maklum, sabtu baru ni berlaku satu perhimpunan aman yang dipanggil BERSIH 3.0. Di atas ni adalah tuntutan yang dibuat oleh BERSIH untuk mendesak kerajaan pusat umumnya dan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) khasnya supaya menerima 8 tuntutan mereka. BERSIH diwakili oleh 84 badan bukan kerajaan (NGO).

Pada pandangan peribadi ayah, tuntutan BERSIH adalah bagus. Dan ayah sokong. Sebab bagi ayah, tuntutan yang dibuat adalah untuk kepentingan negara demi masa depan. Ayah pun taknaklah negara tergadai kepada bangsa asing yg semakin ramai kt malaysia ni. Cuma ayah kurang berkenan dengan demonstrasi di jalanraya ni.

Dan memang BERSIH diwujudkan bukan untuk berpolitik. Tetapi disebabkan BERSIH di buat untuk mendesak Kerajaan supaya menjalankan pilihanraya bersih dan telus membuatkan Parti Pakatan Rakyat turut serta menyokong BERSIH 3.0 ini. BERSIH 3.0 ni sebenarnya terbuka kepada sesiapa pun. Ayah tengok ada jugak individu perseorangan dari parti di bawah kerajaan seperti UMNO dan MCA ikut serta dalam perhimpunan ni.


Selepas ayah surf internet dan menggoggle, memang dapat lihat hampir ratusan ribu rakyat Malaysia turun berkumpul berdekatan Dataran Merdeka. Ini menunjukkan rakyat sudah sukar menerima kerajaan di bawah pentadbiran parti BN sekarang. Rasanya taklah semua tak sokong, tapi kebanyakkan. Itu baru di Kuala Lumpur, belum masuk lagi di negeri2 lain yang menganjurkan perhimpunan yang sama. Dan belum masuk lagi perhimpunan yang dilakukan di luar negara. Persoalan yang timbul, mengapa ramai sangat mahukan kerajaan melakukan pilihanraya yang bersih dan telus?

Ramai personaliti terkenal terlibat dalam perhimpunan ni. Antaranya ialah Sasterawan Negara, A. Samad Said, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Marina Mahathir dan ramai lagi.

Dan persoalan pula timbul, kenapa kerajaan pusat tolak perhimpunan ini? Adakah benar selama ini SPR di bawah kerajaan menjalankan pilihanraya yang tidak telus dan bersih? Mengapa kerajaan pusat menyokong sahaja dan memberikan ruang untuk mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Ayah rasa kalau Dataran Merdeka dibenarkan berkumpul dan diberi permit, pasti takde demonstrasi jalanan seperti ini. Dan polis juga boleh berkhidmat menjaga keselamatan peserta. Bukan lama pun, tak sampai sehari pun program BERSIH 3.0 ni. Ayah rasa kalau permit diberi, takde la berlaku demonstrasi jalanan seperti ni.

Berdekatan Dataran Merdeka. Memang ramai giler.
Nampaknya kerajaan pusat di bawah pentadbiran BN perlu mempertimbangkan tuntutan BERSIH ini secepat mungkin supaya tidak berlaku lagi demonstrasi seperti ini. Walaupun perhimpunan ini berjalan secara aman namun ada jugak provokasi berlaku antara polis dan peserta menyebabkan beberapa kerosakan dan kecederaan berlaku. Itu adalah lumrah. Bukan mudah untuk kawal manusia yang ramai ni.

Pst : Ayah rasa kalau Pilihanraya Umum dibuat sekarang, boleh menang PR ni memandang ramai betul menolak kerajaan pusat dan kerajaan pusat tidak dapat mengawal situasi yang berlaku. Ini pandangan peribadi sahaja ye. Takde kena mengena antara yang hidup atau yang mati. Peace no war~

1 comment:

Anonymous said...

ya le muaz, mak sokong sgt pandangan muaz,semoga ALLAH Selamatkan tanah air yg dicintai,amin...

.