11 Februari 2011
Dikesempatan ini, ibu nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ayahanda tercinta En Ramli bin Ahmad yang ke-58 tahun. Semoga abah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, di beri kesihatan, sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan didunia dan akhirat. Amin YA ALLAH.
Dikesempatan ini, ibu nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ayahanda tercinta En Ramli bin Ahmad yang ke-58 tahun. Semoga abah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, di beri kesihatan, sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan didunia dan akhirat. Amin YA ALLAH.
Cepatnya masa berlalu. Harini hari terakhir abah berkhidmat. Pejam celik je abah dah pencen. Macam tak caye je. Mudah2an lepas ni abah dapat berehat panjang, dan jaga kesihatan ye bah. Risau kami dengar bila sakit abah kerap datang. Kami disini sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan abah. Abah rajin2 makan ubat ye. Dengar cakap doktor, dan jaga makan ok! kami ni jauh, tak dapat nak jaga abah. Hanya doa yang mampu kami pohon dari jauh, moga abah sentiasa dibawah peliharaan-NYA.
Terima kasih juga ibu ucapkan pada abah kerana telah membesarkan kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang. Tidak mampu rasanya untuk ibu balas segala jasa dan pengorbanan abah pada kami selama ni. Walaupon abah seorang yang tegas, namun kami tetap bangga dengan abah. Abah nampak garang diluar, tapi hakikatnya abah seorang yang lembut hati, penyayang dan bertimbang rasa dengan anak-anak. Kami bertuah kerana memiliki abah sebagai bapa kami. Abah sentiasa mengambil berat hal anak-anak walaupon kami masing2 sudah berumahtangga. Abah seorang bapa juga merangkap penasihat pada kami, pendengar setia dan tak pernah sama sekali abah berkira dengan anak2 malah tak pernah mengungkit ape jua pemberian yang telah abah berikan pada kami selama ni. Walaupun kadang kala kami buat kesalahan, abah tegur, tapi ibu tau itu bukanlah nasihat kosong. Ibu sedar itu sume adalah untuk kebaikan. Bila dah berumahtangga, baru ibu tau segala nasihat abah selama ni sangat2 la berguna..Insyaallah segala nasihat abah, akan ibu simpan untuk dijadikan pedoman.. terima kasih abah~
Moga kalian berdua sentiasa dibawah lindungan-NYA
ameen ^_^
Ibu tujukan sajak ni khas untuk abah.. Kami sayang abah kuat2..muaahhh ^_^
ABAH,
tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu,
barulah sekarang aku tersedar,
ianya sudah melimpah ruah….
kerana abah aku disini,
kerana abah aku gembira,
kerana abah ku terasa bahagia…
abah oh abah
ABAH,
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh,
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah,
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja.
ABAH,
ketika aku mengalah,
engkau lah semangatku...
ketika aku sakit,
engkau lah penawarku...
ketika aku bersedih,
kaulah air mataku...
ketika aku ketawa,
engkau lah riangku..
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar dukamu...
selamat hari lahir ABAH...

No comments:
Post a Comment