Terlalu lama aku tidak mencatatkan apa2 di blog ni. Mana tidaknya, kesibukan, kebengangan, sakit kepala, semua ada. Boleh dikatakan permulaan tahun 2010 ni penuh dengan dugaan dan pancaroba.
Kenapa aku cakap begitu, tika ini aku keseorangan di ofis mengimbas kembali hari Jumaat, 01.01.2010.
Aku terpaksa hantar wife aku and baby balik ke Malaysia. Keadaan terlalu mendesak. Maid aku tiba2 buat hal, pergi tanpa memberitahu. Rupanya sudah dapat kerja lain. Memang time tu kami bengang yang amat dengan maid tu, (Mary Jane nama dia, org kafir, perangai pun mcm kapir)Manila ini tidaklah seperti negara2 lain, mungkin bila korang ada masalah, ramai yang boleh datang membantu. tapi tidak di sini. Kena pandai jaga diri, jaga family masing2. Bila awal tahun ini kami tidak ada maid, memang terlalu sukar perjalanan ini. Anis menangis, wife tidak dapat melakukan kerja rumah sorang2. Mungkin Anis nangis terlalu lama disebabkan rumah ini.
Filipina dipenuhi dengan org non-muslim, dan agama kristian mereka cukup kuat. Mereka juga percaya pada makhluk halus dan seumpamanya.
So, no wonder. Nak panggil ustaz, mana lah ada ustaz kat sini. Semuanya ustaz moden. Maid pun takde dan nak cari baru memang perlukan masa yang panjang. Bila ditanya pada some malaysian, "Ada tu, carilah..." itu je jawapannya. So, jalan terakhir, aku hantar wife n baby balik Malaysia sementara aku cari maid baru. Bila mereka di M'sia, aku jadi tenang, aku jadi lega. Tapi semua tu sementara.....
Tarikh 6.01.10, tiba-tiba Kak Sharimah jatuh sakit. Dengar kata jangkitan pada ovari dan perlu dibedah untuk buangkannya. Aduh, satu lagi dugaan bagi aku. Kak sharimah ni lah tempat aku mengadu masalah, bersembang2, meluahkan perasaan...Tapi, dia terpaksa cuti panjang untuk penyakit dia ni. Memang dugaan bagi aku, terpaksa aku mencover kerja tertangguh yang banyak ini. Juga aku sendiri tidak pernah melakukan kerja2 ni. Memang satu tamparan hebat bagi aku. Terpaksa bertatih dari awal dan menyusun balik apa yang tertangguh. Dikala itu, aku memang tersangat TEKANAN. Otak aku jadi letih dan sakit sangat. Aku terpaksa bebaring bila kesakitan itu datang. Orang kata aku ada darah tinggi, takkan kot...tapi mungkin Ya, coz i hav family history...
Hari ini, waktu ini aku terima bil2 hospital kak sharimah. Cukup besar jumlahnya. Aku perlu selesaikan semua ini sebelum ceti hospital datang kutip. Satu lagi kerja yang tak pernah aku buat ni....
Walau apapun, aku cuba cari ketenangan sementara. Aku tinggalkan dulu kerja2 ini. Aku menatap kembali gambar2 wife, gambar2 kami tika mula berkenalan hingga lah berkawin dan mendapat anak yang cukup comel, syukur pada Tuhan atas kurniaanNya.
Aku rindu isteri ku, aku rindu anak ku..... :(


No comments:
Post a Comment