Ingin aku catatkan pengalaman yang tak dapat aku lupakan dan ini juga adalah pengalaman pertama kami terperangkap dalam taufan.
Semalam, tepat jam 7.35 pagi, kami keluar rumah ikut rombongan Dato' Duta melawat kilang pasu di Pampanga (2 setengah jam dari Makati). Bukan kilang pasu biasa, tapi pasu2 yang diimport keluar negara yang harga boleh mencecah riban2 ringgit. Hanya rombongan Ambassador jer boleh masuk kilang ni. Kira lawatan sambil belajar dan sambil membeli lah. Hehe~ Citer pasal kilang pasu ni nanti aku citer di lain entry. Sekarang nak citer pasal taufan...
Jam 12.10 pm, kami bertolak balik dari Pampanga selepas alas perut sikit. Time tu langit dah mmg gelap yang amat beserta angin kuat. Habis pokok2 beralun kencang. Kami dah syak ribut akan dtg ni. 4 kereta embassy bertolak keluar dari kilang tu, kete ambasador depan sekali. Driver kami nama Byron, mmg pakar jalan so kalo pegi dgn dia mmg tak sesat.
Masing-masing dah mula memecut di jalan kecik kampung ni (kilang tu dalam kawasan kampung). Takut ada pokok tumbang, so terpaksa memecut keluar dari kampung ni. Kami tengok luar tingkap angin dah semakin kuat. Pokok2 dah hampir sujud ke tanah. Kereta pun bergoyang2. (Kami agak lega walau kecut perut kerana semua driver embassy org tempatan, dah biasa memandu dlm keadaan camni). Akhirnya kami selamat keluar dari kawasan kampung ni ke highway.
Hujan dah turun mencurah2, jarak penglihatan hanya beberapa meter je. Walau hujan lebat, semua driver terus memecut dengan memasang lampu hazard. Bergegar kereta yang kami naiki ni bila langgar air dan angin. Selepas 45 minit perjalanan, tiba2 jalan jem. Byron cakap maybe banjir. Hah sudah!. Jam dah menunjukkan pukul 1 pm. Aku tetiba terfikir pasal Anis kat rumah tu. Terus aku call maid tanya pasal dia. Alhamdulillah Anis ok. Sleeping. Rupanya kat Makati pun hujan lebat. Dan maid aku cakap dia tgk berita kata air mula naik dan dah ada 2 orang mati di kawasan berdekatan kami ni. Ya Allah, semoga semuanya selamat sampai.
Aku ingat sangkut jem ni kejap jer. Rupanya dekat 7 jam kete tak bergerak langsung. Nak keluar kereta, hujan lebat dengan angin kuat. So, kami tunggu jer dalam kete. Kiri kanan kete semua orang dah keluar jalan kaki ke depan. Byron tanya salah sorang yang lalu tu, memang sah banjir paras tengkuk aku. Dalam giler. Banyak kete dah tersadai kat situ. Patut tak bergerak. Dekat jam 5.35pm, aku pun dah tak tahan sangat. Aku tengok ramai dah yang memancut kat tepi jalan ni tak kira laki ker perempuan. Darurat sangat dah. Ambasador dah walkie talkie sesapa nak buang air. Semua senyap jer, dato' pun dah tak tahan. Salah sebuah kereta rombongan kami ada di depan bagitau ada stesen minyak kat depan ni, jalan sikit jer. Apa lagi, kami redah jer hujan ni, pakai payung pun tak guna, angin kuat giler. Basah kuyup jadinya. Sampai toilet kena beratur lagi plak tu. Semua nak buang air, Hujan kan, sejuk plak tu. Aduh dugaan nyer. Sepanjang aku jalan ker stesen minyak tu, aku rasa sedikit teruja. Semua kete berhenti bersimpang siur kat jalan. Dan di balik jalan sana plak, orang punya lah ramai berjalan kaki. Tak tau ke mana. Macam dalam perang jer, semua cari jalan selamat kan diri.
Aku pandang ke langit masih gelap, ditambah plak nak dekat malam. Semua orang kat situ dalam muka terdesak, kepenatan, basah kuyup... Pengalaman betul aku rasa, bukan dalam mimpi atau movie Daylight yang penah aku tgk sebelum ni....
Jam 8 malam kete dah boleh gerak, tapi bumper to bumper lah. Hujan pun dah renyai2 je tapi angin still kuat. Pukul 9 malam kami lepas dari kawasan banjir tu. Banyak betul kete tersadai, lori kontena pun ada. Betul2 dalam lah tu banjirnya tadi... Bila hujan jer air naik, 2jam pas hujan berenti dia surut balik. Kami agak lega bila masuk highway EDSA ( ke Makati) jalan sebelah kami tak jem. Sebelah sana jem teruk. Byron terus memecut dengan gilernya kat situ. Dia pun penat sangat. Dari pagi keluar kan.
Alhamdulillah jam 10.55 malam kami selamat jejak kaki di rumah dengan muka serabai dan perut lapar giler. Anis masih tido, maid aku pun tido sekali. Kesian dia jaga Anis 1 hari. Nasib baik semalam mood Anis baik jer... Tak banyak ragam. Tapi wife plak nak demam coz 1 hari tak bagi nyusu kat Anis, dah bengkak...
Walau apapun, inilah pengalaman yang tak dapat kami lupakan dan selepas ini sebelum keluar kena check cuaca dulu... huuuuuuuuuu~
Update : 75 orang mati disebabkan ribut taufan ini...
Update 28.9.09 : 132 orang mati dan masih ramai yang hilang.
Note : Gambar aku tak dapat shoot, hujan lebat sangat... Video aku ada amik, nanti aku update video tu....

1 comment:
terasa betapa syukurnya duduk kat mesia ni....huhuhu
Post a Comment