Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

25 July 2009

Greenhills

25 Julai 2009, Sabtu

Hari ni kami jejalan cari barang2 sikit kat Greenhills Shopping Complex. Sebuah pusat membeli belah setempat. Macam china town kt KL tu gak. Souvenir, Jam Rolex, Beg tangan dan macam-macam ada. Kami sebenarnya nak cari Beg tangan abaca dengan gelang pearl and swarovski. Buat souvenir untuk family nanti. Saje beli awal2 sambil bawa wife jejalan.

Cuaca hari ni agak panas yang telah membuatkan enjin kete aku panas. Nasib semuanya ok Alhamdulillah. Sampai sana jer wife ajak minum dulu. So, apa lagi tempat minum yang sedap dan nyaman selain kedai Buko (air kelapa muda dengan buah2an). Sape yang datang Greenhill ni wajib minum dulu Buko ni, sedap dan fresh. Orang kata kalo nk beranak ni better minum air kelapa nanti baby bersih je bila keluar nanti. (Org tua2 katalah). So, apa salahnyerkan.

Selesai minum kami mulakan operasi mencari barang2. Untuk beg tangan kami pegi kat sebuah kedai ni yang kami memang dah kenal tokey dia. Orang pinoy but blh faham bahasa melayu. So, senang dan boleh tawar menawar lagi. Kami amik 7 beg tangan abaca. Memang cantik dan takkan ada jual kat Malaysia beg ni.

Lepas tu kami cari plak gelang pearl dgn batu swarovski. Belek punya belek, carik punya carik dan tawar menawar, kami beli 12 set gelang nih. Wife yang lebih byk choose design ni, aku tak reti ler.

Bertolak dari rumah tadi kul 10.30 am dan balik jam 01.45 pm. Puas hati dapat shopping sekali sekala camni... hehe~


Gelang Swarovski

Beg Tangan Abaca

Jom minum Buko

No comments:

.