
Pilihan warna
Sesampai
di sana kami disambut oleh salesman proton edar iaitu mr khiong. Tgk
mamat ni mcm blur-blur je menjawab pertanyaan aku yang banyak ni.
Hahahaha....nasib la kan, lain kali nk jual kereta kena tahu pasal
kereta barulah penjual sejati. Takpe, lupakan sahaja beliau. :p 

Boleh dikatakan ini adalah kenderaan keluaran proton malah keluaran Malaysia yang menggunakan fungsi elektronik kseluruhan (CVT Premium). Aku cadangkan sesiapa yang nak beli ambil shj CVT Premium. Walaupun harga dia sedikit mahal dari CVT Executive, tetapi bila dilihat accessories yang diberi adalah sangat berbaloi.
Tidak perlu kunci. Start button je.
CVT
Premium siap lengkap dengan enjin 1.6 CFE turbo, 7 kelajuan Protronic
siap paddle shift, 4 airbag, ABS, EBD, ESC with Brake assist dan Proton
ride & handling yang memang terbaik dalam grip, stability dan
response.
Body proton preve gak dibina dengan sistem RESS (Reinforced safety Structure) yang menjamin ketahanan, ringan, dan tahan lasak. Proton preve mendapat markah penuh 5 star MyVap dan kini sedang menjalani ketahanan dengan NCAP.
Aku terpikat dengan bentuk body yang seakan Kia Forte dan ketegapannya. Jarak kerusi belakang juga agak luas dan material yang digunakan sangat lembut dan menggunakan fabrik kalis air seperti Honda Jazz baru. Antara sistem elektronik yang di beri (CVT Premium) ialah rain sensor, auto light sensor, whether sensor (bila cuaca luar agak panas secara automatik suhu dalam kabin akan sejuk ikut kehendak pemandu), Elektrik cermin sisi, LED DRL depan (lampu siang), Touch screen with builtin GPS dan dilengkapi 4G internet dalam kabin. Nak guna internet bila2 masa dan dimana jua janji dlm kereta. :)

Sebenarnya banyak lagi benda baru yang ada dalam Preve ni cuma aku pun dah lupa. Banyak sangat. So, kalau nak beli amik CVT Premium Turbo. Harga RM72,550, bulanan RM650 untuk H-Line ni. Sangat berbaloi. Nasib baik aku dah ada Perodua Alza, kalau tak dah lama sambar ni. Harga semua jenis seperti di bawah;
- The Prevé 1.6 Premium CFE: RM72,990 (metalik) and RM72,540 (solid)
- The Prevé 1.6 Premium IAFM+: RM62,990 (metalik) and RM62,540 (solid)
- The Prevé 1.6 MT Executive: RM59,990 (metalik) and RM59,540 (solid)
Check here - > http://www.protonpreve.com

1 comment:
pergh.. gempakkkkk
Post a Comment