By : -aYaH aNiS-
Emas adalah satu-satunya aset bernilai tinggi yang pasti tidak akan hilang mahupun jatuh nilainya. Saban hari, nilai emas akan meningkat dan terus meningkat. Sama juga seperti hartanah yang akan meningkat saban tahun.

Kini emas telah dijadikan sebagai pelaburan bagi mereka yang mempunyai wang lebih. Ramai juga sedia maklum bahawa nilai ringgit semakin hari semakin susut. Tetapi tidak emas. Jadi adalah lebih baik sekiranya mereka yang mempunyai lebihan wang bolehlah melabur dalam emas. Seperti gambar di atas, ada beberapa bentuk emas yang dijual. Setiap bentuk mempunyai nilai dan berat yang berbeza. Emas berkualiti ialah emas yang mempunyai kadar keaslian tinggi iaitu 999.9 fine gold.

Ayah ada kontak dengan pengedar emas dari syarikat Public Gold akan nilai produk yang dijual mereka, paling murah sekarang dalam list mereka ialah 1 dinar. 1 dinar bersamaan 4.25gram. Dan nilai sekarang adalah RM700 lebih. Sesiapa ada lebihan wang bolehlah membeli emas fizikal ini. Anda boleh hubungi saya atau carilah dalam pakcik google pengedar2 emas public gold ni. Memang sangat berbaloi untuk menyimpan emas daripada anda menyimpan wang ringgit puluhan ribu di dalam bank. Padahal nilai puluhan ribu ringgit itu akan susut berbanding emas fizikal.
Tepuk dada tanya selera. Emas Public Gold ni memang cantik dan sedap di pegang. Rasa betul kemewahan bila sentuh benda ni.....huhahahaha~

2 comments:
best nya nanti bila mak ada duit blh jd emas
Bagus melabur emas ni. Keuntungan kekal.
Post a Comment