As salam dan hai. Semalam (31 Mac 2011) Perwakilan Manila telah menyertai satu jualan makanan SHOM Food Bazaar (Tastes of the World) bertempat di Urdaneta Village Clubhouse. Banyak negara2 Asia yang turut serta bagi memeriahkan bazaar tersebut. Bazaar ni bertujuan untuk memberi charities untuk support education, health dan juga livelihood di Philippines.
Kami yang ladies terpanggil utuk membuat pelbagai menu sempena jualan bazaar tersebut. Seminggu sebelum bazaar lagi persiapan telah di adakan. Antara jualan booth Malaysia ialah Nasi Lemak, Nasi Goreng Cina, Bihun goreng, Mee goreng, Nasi Briani, Kuih-muih seperti Ketayap, Kuih bakar, Roti jala, Bingka Ubi, Karipap, Samosa, Kuih talam, Donut dan juga Kek Alunan kasih Cik Nor. hehe~ Meriah jugak la makanan kat booth Malaysia berbanding booth2 yang lain. Bangga jap jadi rakyat Malaysia. boley?? hehe~
Tiket masuk hanya dikenakan sebanyak Peso 50 bersamaan (RM3.50) dan tiket raffle Peso 100 (bersamaan RM7). Ibu hanya beli P500 je, memandangkan tak banyak pilihan makanan halal yang boleh dibeli. Kebanyakan ahli Perwakilan pon sume beli dari booth Malaysia. Sendiri masak, sendiri beli. Tapi, beli yang kawan2 masak la kan. Dah tu je yang memang kompem halal kan? nak beli dari booth lain, dah tentu tak halal even sedap sekali pon. huhu~
Ok, meh kita layan picture kat bawah ni.. Sebelum tu nak cite, booth Malaysia dapat title "The Best Seller" pada haritu.. perghh~ bangga daku jadi rakyat Malaysia. hahaha~
Banner(yang baju putih ni Wife Ambassador Indonesia)
Sampai2 je terus kena potong kuih. Sume xmo potong..akhirnya, ibu gak yg kena buat..huhu
Sesi menyusun kuih
Kuih Ketayap dan Bingka Pandan by Kak Intan
Kuih Bingka Ubi by Kak Ina dan Karipap by Kak Salmiah
Samosa by Kak Ina, Donut dan Kek Alunan Kasih by Ibu ^_^
Rendang, Mee Goreng, Nasi Briani, Roti Jala, Nasi Goreng Cina dan Nasi Lemak
Air Cendol Special pon ade. Suke betul org Pinoi beli. berebut2Al-maklum la dema2 ni kan x penah makan. hihi
Air Cendol by Kak Intan
Busy time! Customer dah mula membeli
Customer Arab pon suke masakan Malaysia =)
Sibuk melayan customer lagi. bungkus, jangan x bungkus! hehe~
Cendol siap! kata Kak Intan. ngee~
Bersama Media.. Masuk tv Philippine ko..haha~
Sesi temuramah media bersama booth kami utk introduce Makanan Malaysiap/s: Sepatutnya Datin Seri yg ditemuramah, tp dia blk Malaysia lak
Sebahagian dari Ladies Manila.. Yang lain2 sedang busy di opis.. =)
Suasana dalam Dewan
Sesi berehat2.. penat woOo melayan customer! hahaha~
Kami~
Kak Ina aka Bendahari Perwakilan mengira keuntungan..haa bape kite untung harini?? hihi
Sempat lagi amek gambo..hehe~
Kak Ina dan juga Kak Saleha (helper Datin Seri)
No comments:
Post a Comment