Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

24 March 2011

Ayat Ruqyah dan Kebaikannya

Memang bagus ayat dibawah ni untuk pelindungi seisi keluarga dalam rumah. Insyaallah..


Defini Ruqyah

Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas karana disengat binatang, kemuraman, dan yang lainnya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah juga blh disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah iaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharapkan kesembuhan.”

Walaupun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau membuang bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah.

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)

(Sumber asysyariah)

Caranya:

Dengarkan bacaan RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

  • denyutan jantung makin kencang
  • badan menggeletar kencang
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk

Jika mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. Bacaan RUQYAH amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin, karana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagarkan diri kita.

Selain itu, Orang yang sakit boleh juga baca banyak-banyak dalam hati tak ditentukan masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas baca zikir itu adalah kita akan sendawa… Kira-kira jin-jin dalam badan itu sakit dan kepanasan.. Dengan mendengar bacaan ruqyah ini, insya Allah mampu menyembuhkan penyakit, diantaranya:

  • Jiwa gelisah/khayalan
  • Membuangl Sihir
  • Pagar Rumah (Pengusir Jin & Syaitan)
  • Ketenangan Rumah tangga
  • bagi Anak-anak yg slalu menangis tengah malam
  • Merapatkan kasih sayang antara anak/ibubapa
  • Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
  • Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.
Korang blh download ayat ni. Klik sini.


Sumber dari http://raasya.wordpress.com

No comments:

.