Jom Klik Dibawah

Nota untuk Tetamu2 Blog ini...

Kepada pembaca2/follower blog kami, please tinggalkan jejak anda di ruang shoutbox. Jasa anda sgt dihargai.... Thank you.

(^_^)

Korang juga suka ke baca cerita di blog ni? Silalah tinggalkan komen anda.... Komen entri dari anda sangatlah kami hargai.....

29 November 2010

International Bazaar Foundation (IBF) 2010

Pada 21 Nov yg lalu, Perwakilan Manila telah terlibat dalam satu jualan bazaar besar2an yg melibatkan byk negara2 Eropah dan Asia yg bertempat di PICC Manila. Antaranya ialah Malaysia sendiri, Brunei, Indonesia, Thailand, New Zealand, Holland, Switzerland, India, Afrika dan lain2 lagi. Hampir setiap tahun, kami akan terlibat dengan jualan International Bazaar ni.

Antara produk2 yg kami jual ialah produk makanan, barangan kecantikan dan kesihatan, kuih-muih tradisional Malaysia dan juga tidak ketingggalan Batik Malaysia. Kebiasaan produk yang kami jual adalah produk yang melambangkan identiti negara. Tahun ni kami bersyukur sgt disebabkan produk yg kami jual, majoritinya mendapat tajaan dari syarikat2 di Mesia. Antara sumbangan mereka ialah Syarikat Julie's (produk makanan spt biskut), Sykt Balung (produk kesihatan spt manjakani, arin syrup, teh herba dll), produk kecantikan seperti French oil, Sireh Mas juga rempah ratus dari syarikat Faezah (rempah kari, rempah sup, rempah kurma dan beberapa jenis lg) sos cili dan sos tomato, sos lada hitam dari syarikat yg berasingan, kek buah, buah pala dari syarikat di Pulau Pinang, dan tidak ketinggalan painting untuk decoration booth kami drpd jasa baik Karyaneka. Agak meriah jugak la booth kami pada tahun ni dengan kaler maler yg berwarna warni (kale pilihan kami adalah berdasarkan jalur gemilang). kata nak show identiti negara kan??? hikhik~

Seawal jam 6 pagi kami telah bertolak ke PICC untuk menghias dan mencantikkan booth kami. Bukan kami saje yg sampai awal, sume yg terlibat masing2 bertungkus lumus nak memeriahkan booth masing2. Tahun ni tetamu jemputan kami adalah Madam Romulo aka wife Menteri Luar Philippines. Kalau dah ade Menteri, press pon mesti ada. Jadi meriah la PICC tu dgn wartawan2 yg dtg. Kebiasaannya Madam Romulo akan melawat dari satu booth ke satu booth untuk membuat kunjungan dan tugas wartawan ape lagi.....buat liputan la kan??masuk tv ngan paper koooo...glamer makk!!ahaks~

Tidak ketinggalan juga, Datuk Seri Ibrahim Saad aka Ambassador kami dan isteri Datin Seri Zainab pon turut hadir. Hampir setiap negara, Ambassador atau wife akan terlibat untuk sama2 memeriahkan jualan, juga menjadi pelayan kepada tetamu kami (Madam Romulo).

Macam biasa, ibu dilantik sbg AJK makanan. Jadi tahun ni, ibu kenalah jual makanan2 yg ada. Antara makanan yg kami jual ialah Nasi lemak (by kak Yati), Bihun goreng (by kak Sharimah), Mee goreng (by kak Aida), Rendang ayam (by kak Sal) dan kuih muih spt kuih koci, kuih bom, lepat pisang, samosa daging (by kak Sal) dan karipap daging dan kuih lapis oleh ibu sendiri. Meriah jugak makanan kami pd tahun ni. Alhamdulillah semua jualan makanan kami laku mcm goreng pisang panas..hehehe~syukran, syukran! =)

Ok lah, takmo cite panjang2, meh layan picture kat bawah ni ek!

Produk kecantikan (French oil, Sireh Mas)

Batik Ela, Pario batik pon ada (sori,gamba sipi2 je)

Ini dia sebahagian jualan kami
p/s: masa ni byk lg brg yg blm dikeluarkan dr kotak..

Produk dari Syarikat Julies

Baru sampai~
Time ni sgt sibuk dgn tugas masing2

Kelam-kabut masing2 dok susun atur makanan yg nak dijual

Susun, jangan tak susun =)

Ibu sibuk mengetag makanan, x perasan Datuk Seri kat belakang
Datuk Seri & Datin Seri plak tersenyum lebar melihat anak buah rajin wat keje.
hahaha~ (sila jgn muntah)

6 jenis kuih semuanya
(lepat pisang menyorok plak kat belakang kuih lapis) hikss~

Tadaaa~(kuih lapis dan karipap home made oleh ibu)
nasib baik kuih lapis ibu menjadi..
pasni leh melapis lg =)

AJK Makanan
dah siap susun makanan, tiba masa b'gamba plak! hikss~

Booth Kami~

Akakku yg paling sporting!
Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik (ibu la tuu) hihihi~

Sebahagian dari Ladies Manila
p/s: walaupon tahun ni kami 10 org je, tp tetap happening =)
HIDUP PERWAKILAN MANILA..

Perwakilan Manila with Datuk Ambassador Malaysia & wife
p/s: tak nampak plak gambo Datuk Seri. Ni semua tiang punya pasal..kekeke~

Sedondon Datin Seri and Datuk Seri =)

Datin Seri yg sangat murah dengan senyuman
sebab tu dia sweet jek =)

Our visitor, Madam Romulo (yg tengah2)

Booth U.S

Booth Holland

Booth European Union

Booth South Afrika
teringat lagu waka waka...ekeke~

Booth Japan
meriah dgn pokok sakura plus kimono dia =)

Booth Italy

Booth Turkey

Booth Iran

Booth Thailand

Booth India

Booth Indonesia

Cutie pie ibu pon datang melawat ibu kat booth =)

Love u lah! (~_*)

Walaupon penat seharian di booth, (bayangkan la keluar umah pukul 6.00 pagi, sampai umah pukul 8.30mlm) perghhhhh letihnya Tuhan je yg tau. Dengan lapo nye, dengan x mandinya. Nasib baik badan tak hangit..hikhik~ ibu sangat berpuas hati sebab ibu dapat borong barang idaman.. suke sangatttttttt.. love u abangg...flying kiss cket, mmmmmmuaxxx (~_*)


Ibu borong comforter sekali 3
yang besar tu beli dari booth Pakistan
dan yg dua lg tu dari booth Philippines
(nampak mcm biasa, tp sebenarnya sgt cantik kalo dah bukak)
kreatif n halus betul kerjatangan org filipina ni =)

Cube teka apekah benda ini??
Ini lah barang yg ibu nanti2kan..nak tggu benda ni setahun sekali je ada
IRON ROD utk hiasan dinding...cantik kan??
ibu belum beli candle lagi..kalo ade candle mesti lg cantik.sukeeeee sgt =)))

Nanti ibu nak beli lagi 2 ye ayah..baru meriah dinding kite kan??ngeee~



No comments:

.