10 Ogos 2009, Isnin
6.00am - Aku bangun seperti sedia kala untuk ke ofis, wife mengadu rasa sakit bawah perut. Katanya macam tekan2 (kontraksi ler tu). So, aku suh wife mandi dan bersiap. Mak pula masak cekodok untuk bekfes. Aku keluarkan hp sms Akak Sharimah (P.A) yang aku akan lewat masuk ofis. Sebelum pegi spital mak suh kami bekfes dulu.
8.00 am - We arrive Makati Medical Centre, tempat selalu kami checkup merangkap tempat bersalin. Aku suh wife tunggu jap sementara aku pegi parking kete. Tempat jam 8.20 am kami masuk Delivery Room. Wife disuruh masuk untuk checkup dulu. Dan aku diminta tunggu diluar.
9.30 am - Nurse panggil aku dan menyerahkan pakaian yang wife aku pakai tadi. Sempat suh wife minum Air Selusuh. Wife ditahan pihak spital coz bukaan dah 3cm.
11.16 am - Wife masih lagi di dalam. Aku tanya Doc if aku blh masuk tengok wife. Boleh aje, kata doc. hehe~. Aku masuklah dengan perasaan risau. Tengok wife tengah baring dan sudah masuk air di tangan, sian tengok dia. Aku tanya kot sakit lagi, tp wife cakap tak sakit sangat. Kontraksi hanya pagi tadi jer.
11.55 am - Aku balik amik mak abah di rumah. Masing2 dah risau. Aku lagi ler...
1.13 pm - Aku masuk tengok wife lagi. Kini bukaan sudah 5cm tp kontraksi tidaklah berapa teruk. Doc suh tunggu bukaan sehingga 10 cm.
2.15 pm - Wife dah mula rasa tekanan dan kesakitan. Doc nak bagi suntikan epidural but wife nak cuba bertahan. Aku bagi sokongan pada wife. Tapi doc kata kontraksi semakin cepat. Doc buat anggaran 1 jam = 1 cm bukaan. That mean wife akan bersalin 7.30 pm doc cakap. Aku mengiyakan. Wife cuba jugak bertahan.
3.25 pm - Wife dah tak dapat bertahan lagi. Sakit sangat. So aku tanya if nak epidural. Wife dah tak dapat nak fikir sbb sakit. So, aku izinkan wife disuntik epidural.
Nota : Melalui pembacaan aku, suntikan epidural ni sakit coz dia suntik kat tulang belakang. Tapi pas dia buat suntikan tu, wife aku cakap sakit sikit je. Entahlah. Tapi aku tengok panjang gak jarum dia.
5.40 pm - Walaupun dah disuntik epidural, wife cakap masih sakit kontraksinyer, cuma kurang sikit jer. Aku bagi semangat kat dia. Tak lama lagi jer. Wife bertahan jugak.
6.32 pm - Dr. Joanne De Grano, Doc yang akan sambut baby tu dah datang menunggu di bilik menunggu bersalin ni. Dia check, bukaan nak masuk 10 cm dah. So, doc suh tunggu jap.
7.15 pm - Wife di tolak masuk ke bilik bersalin. Aku diminta tunggu depan pintu. Wife diajar meneran (push)... First baby, so tak berapa tahu camne nak push.
7.21 pm - Akhirnya aku mendengar suara nangis baby... uweeekkkk~ syahdunyer suara tu aku takleh gambarkan. Doc suh aku masuk, bawa kamera sekali. First thing aku buat, aku tengok baby, dan second aku cakap kat wife "Sayang, thankz so much for gav me so cute baby girl". Alhamdulillah... Sempatlah aku merakam detik2 baby dibersihkan, detik2 wife sedang dijahit, detik2 nurse berlari2 anak keliling bilik bersalin... First time dalam hidup aku rasa begitu pengalaman yang membahagiakan nih.
To my wife sekali lagi, TERIMA KASIH kerana memberikan diri ini anak yang sangat comel.. Love u both so much.... Normala dan Nur Anis Batrisyia

Note : Waktu adalah anggaran tetapi waktu kelahiran adalah betul

No comments:
Post a Comment